Skip to main content

Selebriti

Baju Ijoy Curi Tumpuan, Netizen Terhibur - "Kalau Buat Parodi Fashion Show, Mesti Mereka.."

Baju Ijoy Jadi Tumpuan

Suami penyampai radio, Sharifah Shahirah, iaitu Zulkifli Azahari, menjadi tumpuan warganet dengan gaya berpakaian bersahaja yang mencuit hati.

Menerusi perkongsian di Threads, Zulkifli, atau lebih dikenali sebagai Ijoy Azhari dilihat menonjol dengan koleksi pakaian t-shirt unik yang berbeza setiap kali Shahirah memuat naik video mengenai suaminya itu.


Antara tulisan yang tertera pada bajunya termasuk Rilex (Rolex), Coma (Puma), Cincai (Chanel), Samseng of the Galaxy (Samsung of the Galaxy).

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak kering gusi melihat kerenah pasangan itu dan perkataan kreatif pada pakaian tersebut.

"Comelnya baju.

"Memang rare betul lelaki dia ni.

"Coma paling lawak.

"Kalau buat parodi fashion show, mesti mereka menang.

"Dia memang ada baju printer sendiri aku rasa," tulis netizen.

Ada juga yang menulis mengenai keunikan perwatakan dan pemakaian anak-anaknya yang jelas diwarisi daripada ibu bapa mereka.

"Kat tiktok ada yang cakap anaknya pelik. Mana la tak peliknya kalau perangai bapanya begitu, ibunya pun begitu. Seronok betul keluarga ni," tambahnya.

Sebagai rekod, Ijoy dan Shahirah mendirikan rumah tangga pada 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Airel, Airra, Audra dan Adeena.

Sebelum itu, Shahirah pernah berkahwin dengan penyanyi Jatt Ali dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Tallisya.

Advertisement

Must-Watch Video