Skip to main content

Selebriti

Bakal Bawa Aura Romantis Menerusi The Romanticist Live, Fabio Asher Kembali Ke Malaysia November Ini

Bakal Bawa Aura Romantis Menerusi The Romanticist Live,  Fabio Asher Kembali Ke Malaysia November Ini

Sekilas

  • Penyanyi Indonesia, Fabio Asher, akan mengadakan konsert solo bertajuk The Romanticist Live in Kuala Lumpur pada 22 November 2026 di Megastar Arena.
  • Konsert ini dijangka membawa penonton melalui pelbagai emosi cinta seperti kerinduan, patah hati, dan penyembuhan menerusi lagu-lagu balada romantisnya.
  • Tiket bermula dari RM158 hingga RM1,288 boleh dibeli secara dalam talian di www.ilassotickets.com mulai 4 September 2026, pukul 3 petang.
Advertisement

Penyanyi terkenal Indonesia, Fabio Asher bakal mengubat rindu peminat Malaysia apabila akan tampil dengan sebuah konsert solo pada 22 November ini.

Bertempat di Megastar Arena, Kuala Lumpur, konsert yang diberi nama The Romanticist Live in Kuala Lumpur ini dijangka akan membawa para peminat yang hadir ke suasana penuh romantis menerusi lagu-lagu balada yang sinonim dengan penyanyi berkenaan.

Advertisement

Menurut Fabio, dia tidak sabar untuk bertemu peminat menerusi konsert berkenaan dan menjanjikan malam yang penuh romantis di Megastar Arena.

“Selamat bersenang-senang dan menikmati romantisnya pertemuan kita nanti di Fabio Asher The Romanticist Live in Kuala Lumpur.

“Malam ini kelak akan menjadi yang paling romantis dalam pertemuan kita. Saya punya banyak ‘cinta’ untuk dikongsi dan biar bertebaran di ruang Megastar Arena Kuala Lumpur pada 22 November ini.

Advertisement

“Kalian tahu, kalian sentiasa membuat antusias saya mencipta muzik ‘berapi-api’. Terima kasih kerana telah menyambut cinta, galau lalu sentiasa mahu mendakap kehadiran saya dengan penuh bahagia. Sampai jumpa semua ‘cinta hati’ saya,” ujarnya.

Sementara itu, pihak penganjur menyifatkan Fabio sebagai seorang penyanyi yang mempunyai keistimewaan tersendiri dalam menghasilkan karya romantis yang dekat dengan pengalaman pendengar.

“Fabio Asher mempunyai keistimewaan dalam menterjemahkan perasaan peribadi menjadi lagu yang dekat dengan hati pendengar, walaupun setiap orang melalui pengalaman dan fasa cinta yang berbeza.

“Jadi Fabio Asher The Romanticist Live in Kuala Lumpur yang dijadual berlangsung pada 22 November 2026 di Megastar Arena Kuala Lumpur nanti bukan sekadar sebuah konsert atau persembahan tanpa makna, sebaliknya kami mahu membawa penonton melalui sebuah perjalanan emosi yang beragam.

“Kami mahu memaknai romantika itu daripada jatuh cinta, kerinduan, patah hati, kenangan, rasa tidak pasti, sehinggalah kepada proses menerima dan penyembuhan. Setiap lagu mewakili satu babak dalam perjalanan cinta, membolehkan penonton menghayati emosi di sebalik muzik dan pada masa yang sama mengimbas kembali kisah mereka sendiri,” ujar wakil dari Cerita Project & Events Sdn Bhd.

Anda boleh mendapatkan tiket Fabio Asher The Romanticist Live in Kuala Lumpur dengan harga bermula RM158 hingga RM1,288.

Tiket boleh dibeli secara dalam talian menerusi Ilasso Tickets di www.ilassotickets.com bermula 4 September 2026, pukul 3 petang.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Fabio Asher The Romanticist Live in Kuala Lumpur yang bakal membawa kisah cinta, kerinduan, patah hati dan penyembuhan menerusi karya-karya romantisnya.

Anda mungkin berminat dengan

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Must Watch Video

Advertisement