Skip to main content

Liga Antarabangsa

Bakal Gegarkan Pentas Eropah! Qaseh Rania Jadi Pemain Malaysia Pertama Di Liga Profesional Wanita Jerman

Bakal Gegarkan Pentas Eropah! Qaseh Rania Jadi Pemain Malaysia Pertama Di Liga Profesional Wanita Jerman

Sekilas

  • Qaseh Rania, remaja 16 tahun, bakal menjadi pemain wanita Malaysia pertama beraksi dalam B-Juniorinnen-Regionalliga West di Jerman.
  • Liga ini adalah liga tertinggi wanita bawah 17 tahun di barat Jerman dan menampilkan kelab ternama seperti Leverkusen, Dortmund, Köln, dan Essen.
  • Berita ini dikongsikan oleh laman Instagram Harimau Malaya yang mengucapkan tahniah dan semangat untuk Qaseh Rania meneruskan usaha dan mengharumkan nama Malaysia.
Advertisement

Siapa sangka daripada sekadar bermain di padang depan rumah bersama rakan-rakan abangnya, Qaseh Rania kini bakal mencipta nama di pentas Eropah. 

Remaja berusia 16 tahun itu dilaporkan bakal menjadi pemain wanita Malaysia pertama yang beraksi dalam B-Juniorinnen-Regionalliga West, iaitu liga tertinggi wanita bawah 17 tahun (B-17) di barat Jerman.

Advertisement

Berita gembira itu dikongsikan oleh laman instagram Harimau Malaya baru-baru ini. 

"Tahniah anak muda, Teruskan usaha. Jangan pernah putus asa. Teruskan harum nama Malaysia," kata laman sukan berkenaan.

Liga tersebut menghimpunkan beberapa kelab ternama seperti Leverkusen, Dortmund, Köln dan Essen.

Advertisement

Malah, beberapa pemain yang membantu Jerman muncul juara Euro Bawah 17 Tahun baru-baru ini turut beraksi dalam liga berkenaan.

Berikut adalah perkongsian penuh oleh Harimau Malaya:


 

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Harimau Malaya (@harimaumalaya)



 

 

Anda mungkin berminat dengan

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Gelert Mens Mens Horizon Stormlite 5000mm Waterproof Long Sleeve Waterproof Jacket (Charcoal/Red) - Sports Direct

Gelert Mens Mens Horizon Stormlite 5000mm Waterproof Long Sleeve Waterproof Jacket (Charcoal/Red) - Sports Direct

adidas Football Goletto IX Firm/Multi-Ground Boots Unisex Black IH7702

adidas Football Goletto IX Firm/Multi-Ground Boots Unisex Black IH7702

adidas Lifestyle Adilette Clog 2.0 Unisex Yellow JR4026

adidas Lifestyle Adilette Clog 2.0 Unisex Yellow JR4026

TYESO Insulated Tumbler 900ml/1200ml

TYESO Insulated Tumbler 900ml/1200ml

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

Must Watch Video

Advertisement