Skip to main content

Kecantikan

Bakal Pengantin Alami Komplikasi Lepas Ambil Ubat Kurus ‘Reta’, Doktor Dedah Hati Bengkak, Usus Bocor - “Tahap Keselamatan Ubat Tu Masih Dalam Kajian…”

Reta

Sekilas

  • Seorang wanita berusia 24 tahun mengalami komplikasi serius selepas mengambil ubat penurunan berat badan Retatrutide yang dibeli secara dalam talian.
  • Wanita tersebut mengalami bengkak hati, degupan jantung tinggi, dan perlu ditidurkan di hospital akibat kesan sampingan ubat yang masih dalam fasa kajian klinikal itu.
  • Berat badannya susut dari 80kg ke 54kg sebelum kejadian, dan kes ini mendapat perhatian ramai selepas dikongsi oleh Dr. Hannani di Facebook.
Advertisement

Seorang doktor iaitu Dr. Hannani Murni Indah Kamarudin tampil berkongsi kisah seorang wanita berusia 24 tahun yang berdepan detik cemas apabila terpaksa dirawat dan ditidurkan di hospital selepas dipercayai mengalami komplikasi serius akibat mengambil ubat penurunan berat badan jenis Retatrutide (RETA) yang dibeli secara dalam talian.

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Dr. Hanani berkata wanita yang merupakan bakal pengantin itu dibawa ke kliniknya di Batu Pahat dalam keadaan meraung kesakitan sambil mengadu sakit perut yang amat teruk.

Advertisement

Menurut Dr. Hanani, pesakit itu menunjukkan beberapa tanda membimbangkan apabila mata dan wajahnya kelihatan kekuningan, selain kadar degupan jantung mencecah antara 132 hingga 140 denyutan seminit.

“Ni kes dekat Batu Pahat ya, masih gigil saya nak cerita. Umur wanita ini 24 tahun (miss A). Dia datang ke klinik saya Klinik Dr Hannani mengadu sakit.

“Ya Allah sakit, Ya Allah sakit,” dia meraung raung, saya tengok dia, mata kuning, muka kuning. Dia memegang perutnya, meraung.

“Saya tak boleh nak tanya apa-apa. Cek tekanan darah ok tapi jantung dia 132-140bpm. Saya pasang jarum, saya agak ni mesti penyakit gagal hati.

“Saya dah call ambulance, sementara tunggu ambulance sampai, saya bagi dia ubat tahan sakit. Saya tanya kawan dia yang bawa dia ke klinik.

“Kawannya jawab: dia sakit perut muntah muntah, saya  tanya dia dah kahwin ke? Kawan dia jawab akan nikah 14 ogos ni.

“Saya tanya kawan dia, dia Dia pregnant ke? (Dalam kepala saya risau ectopic pregnancy). Kawan dia jawab, saya tak pasti doc.“Nak tanya tuan badan tak boleh sebab dia hanya mengerang kesakitan. Lepas saya bagi dose ubat tahan sakit, raungan sakit berkurang,” kongsinya.

Pada awalnya, Dr. Hanani mengesyaki pesakit mungkin mengalami kehamilan luar rahim (ectopic pregnancy), namun pemeriksaan imbasan pada bahagian abdomen mendedahkan keadaan hati wanita berkenaan membengkak dengan ketara.

Selepas pesakit dihantar ke hospital, rakan wanita itu tampil memaklumkan bahawa mangsa dipercayai mengambil Retatrutide atau Reta, iaitu ubat dalam kategori GLP-1 yang masih berada dalam fasa kajian klinikal, bagi tujuan menurunkan berat badan.

Difahamkan, wanita itu membeli ubat berkenaan secara dalam talian kerana ingin menurunkan berat badan sebelum majlis perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada 14 Ogos.

“Tapi dia tetap tidak mahu jawab soalan saya. Saya bawa ke bilik rawatan buat scan perut. Terkejut saya, bengkaknya hati dia. Saya nak letak alat scan diperutnya nak cari sumbatan mana-mana dia tak sanggup sebab sakit.

“Saya berhenti, tunggu ambulance sampai, long story short, kawan dia datang ke klinik saya, kawan dia buka cerita.

“Dia ambil reta doc (Retatrutide adalah ubat glp 1 yang masih dalam trial lagi, disebar meluas di Malaysia.

“Tahap keselamatan ubat tu masih dalam kajian, jangan cerita dia dijual oleh sesiapa sahaja yang nak duit mudah tanpa perlu tanggung risiko, dia macam monjaro tapi tiga agen),” maklumnya.

Menurut doktor itu, berat badan wanita tersebut dilaporkan susut daripada 80 kilogram kepada 54 kilogram selepas menggunakan ubat berkenaan.

“Nak kurus, dulu dia 80kg sekarang dah 54kg, sebab dia nak kawen. Dia beli online, haritu lepas ke Hospital Batu Pahat, kes refer ke Johor Bahru.

“Bengkak hati, bengkak jantung, usus bocor, terkejut saya, masih ditidurkan, tak tahulah tu macam mana. Kawan dia masih trauma dengan kejadian miss A.

“Entahlah doc, bukannya saya tak nasihatkan. Nak kahwin apa jadi macam ni…” kongsinya lagi.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian Dr. Hanani itu telah dikongsi lebih 2,500 perkongsian dan menerima hampir 350 komen netizen.

Anda mungkin berminat dengan

ORIGINAL BERRYFULL PLUS GATTOX BY INAYAH BEAUTY SLIMMING DETOX FIBER

ORIGINAL BERRYFULL PLUS GATTOX BY INAYAH BEAUTY SLIMMING DETOX FIBER

Must Watch Video

Advertisement