Skip to main content

Selebriti

Bakal Taja 5 Pembeli Terawal Ke Itali, Khairul Aming Kongsi Tips Perjalanan - "Bawa Minyak Cap Kapak, Jangan Banyak Ambil Order ‘Fridge Magnet’..."

Bakal Taja 5 Pembeli Terawal Ke Itali, Khairul Aming Kongsi Tips Perjalanan - "Bawa Minyak Cap Kapak, Jangan Banyak Ambil Order ‘Fridge Magnet’..."

Sekilas

  • Usahawan Khairul Aming berkongsi tips penting untuk pemenang tajaan percutian ke Dolomites, Itali, termasuk bawa jaket dan pastikan pasport masih sah.
  • Khairul menasihatkan supaya tidak risau tentang makanan kerana semua disediakan dan tidak perlu lesen memandu kerana travel agent yang akan memandu.
  • Beliau juga memberi tip tambahan seperti bawa minyak cap kapak, Salonpas, dan botol air untuk keselesaan sepanjang perjalanan.
Advertisement

Usahawan, Khairul Aming berkongsi beberapa tips buat pelanggan yang bakal memenangi tajaan percutian ke Dolomites, Itali. 

Perkongsian tersebut dibuat menerusi platform Threads selepas seorang netizen berseloroh kononnya dia telah memenangi tajaan tersebut sebelum meminta pandangan orang ramai mengenai persediaan yang perlu dilakukan bagi perjalanan pertamanya ke negara Eropah itu.

Menurut Khairul, memandangkan cuaca di negara itu berkemungkinan sejuk, pemilihan pakaian perlulah bersesuaian selain memastikan pasport masih sah tempohnya.

Advertisement

"Bawa jaket, risau sejuk nanti. Pasport jangan tamat tarikh luput. Makanan jangan risau, semua disediakan nanti. Lesen memandu tak perlu sebab travel agent akan drive kita,"tulisnya.

Dalam masa sama, Khairul turut berseloroh dengan memberikan beberapa lagi pesanan buat para pemenang agar perjalanan mereka lebih selesa.

"Minyak cap kapak bawalah, risau pening banyak tempat nak melawat nanti. Jangan ambil order 'fridge magnet' banyak sangat. Salonpas boleh bawa, risau sakit belakang bila hiking. Botol air nak guna kat toilet bawalah. Tiada paip air,"katanya.

Sebelum ini, Khairul Aming melancarkan produk keempatnya, Sambal Nyet Bilis dan mengumumkan bakal menaja lima pembeli terawal produknya untuk bercuti ke Dolomites, Itali bersamanya.

Anda mungkin berminat dengan

900ml 304 Stainless Steel Handheld Thermos Insulated Vacuum Tumbler Mugater Bottle with Straw Handle cawan termos

900ml 304 Stainless Steel Handheld Thermos Insulated Vacuum Tumbler Mugater Bottle with Straw Handle cawan termos

adidas Lifestyle ADIDAS PrimeLift BACKPACK Unisex Beige KE3784

adidas Lifestyle ADIDAS PrimeLift BACKPACK Unisex Beige KE3784

Under Armour UA Hustle Mesh Backpack

Under Armour UA Hustle Mesh Backpack

Nike Heritage Small Hip Pack - Black [DB0488-010]

Nike Heritage Small Hip Pack - Black [DB0488-010]

Nike Older Kids' Brasilia JDI Mini Backpack (11L) - Hemp [HV6481-200]

Nike Older Kids' Brasilia JDI Mini Backpack (11L) - Hemp [HV6481-200]

UNISEX Acupressure Reflexology Foot Healthy Massage Slippers Acupuncture Sandal Massager / Selipar Urut Akupuntur

UNISEX Acupressure Reflexology Foot Healthy Massage Slippers Acupuncture Sandal Massager / Selipar Urut Akupuntur

Must Watch Video

Advertisement