Skip to main content

Selebriti

Bakat vs Populariti, Ini Jawapan Awie Tentang Isu Perbandingan Netizen - "Yang Sana Famous Sebab.."

AWIE MENAFIKAN

Penyanyi, Datuk Awie tampil menyuarakan pendapatnya susulan isu segelintir netizen yang mendakwa peserta The Chosen One XTRA lebih berbakat tetapi kurang mendapat perhatian berbanding peserta Talk To My Manager yang meraih populariti luas meskipun dikatakan kurang menyerlah dari segi bakat.

Awie atau nama penuhnya Ahmad Azhar Othman menolak dakwaan tersebut kerana baginya ia tidak wajar diperbesarkan memandangkan kedua-dua program mempunyai kekuatan tersendiri.

Advertisement

“Yang sana famous sebab ibu bapa popular, manakala di sini bakat kosong yang dididik serta dibimbing oleh coach masing-masing. Memang berat peranan para coach, tetapi mereka berjaya membimbing peserta hingga menyerlah,” katanya.

Awie berkata demikian ketika ditemui Gempak pada acara kemuncak The Chosen One XTRA yang berlangsung di Visual Three Studios pada Jumaat.

Tambahnya, faktor populariti tidak seharusnya dijadikan ukuran kerana setiap individu membawa latar belakang berbeza.

“Sana popular sebab anak penyanyi itu bukan salah mereka sebab mereka memang dah ada nama. Jadi tak elok kalau buat perbandingan.

Masing-masing ada bakat dan coach tersendiri. Bertanding dengan cara sihat akan melahirkan industri yang lebih sihat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Awie turut percaya persaingan sebegini mampu memberi warna baharu kepada industri hiburan tanah air kerana ia bukan sahaja membuka ruang kepada bakat baharu, malah pada masa sama mengekalkan sokongan terhadap nama-nama yang sudah dikenali.

Terdahulu, Talk To My Manager turut mencuri perhatian netizen apabila ada yang beranggapan peserta rancangan tersebut kurang menonjol dari segi bakat dan hanya menumpang populariti ibu bapa mereka.

Must-Watch Video

Advertisement