Skip to main content

Selebriti

Banduan Tersenarai Calon Filem Terbaik Antarabangsa IFFA 2025, Aaron Aziz & Rosyam Nor Turut Raih Pengiktirafan

Banduan IFFA 2025

Sekilas

  • Filem Banduan dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik Antarabangsa di IFFA Awards 2025.
  • Datuk Aaron Aziz dan Datuk Rosyam Nor turut menerima pencalonan sebagai Pelakon Terbaik dan Pelakon Sokongan Terbaik.
  • Filem aksi ini adalah adaptasi rasmi dari filem India Kaithi dan mula ditayangkan pada 6 November lalu.

Filem Banduan terus mencipta fenomena apabila karya aksi itu kini tercalon bagi kategori Filem Terbaik Antarabangsa di IFFA Awards 2025.

Bukan itu sahaja, dua pelakon utamanya iaitu Datuk Aaron Aziz dan Datuk Rosyam Nor yang turut menerima pengiktirafan apabila masing-masing terpilih sebagai calon Pelakon Terbaik dan Pelakon Sokongan Terbaik.

Pencalonan ini sekali gus mengukuhkan reputasi Banduan sebagai salah satu filem aksi tempatan yang paling menonjol tahun ini.

Diterbitkan oleh Astro Shaw bersama Number Twenty One Media, Banduan merupakan adaptasi rasmi daripada filem pecah panggung India, Kaithi, dan mula ditayangkan pada 6 November lalu.

Mengisahkan seorang banduan yang bekerjasama dengan pihak polis untuk menumpaskan sindiket dadah dalam misi berbahaya sambil berusaha menemui anak perempuannya, filem ini menerima pujian kerana jalan cerita yang padat dan aksi bertenaga.

Selain Aaron dan Rosyam, Banduan turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Afdlin Shauki, Husyairi Hussain, Fadhli Masoot dan Abi Madyan.
 

Must-Watch Video

Advertisement