Skip to main content

Bencana

Bangkok Gempar! 'Sinkhole' 50 Meter Muncul Depan Hospital Awam

Bangkok Gempar! 'Sinkhole' 50 Meter Muncul Depan Hospital Awam

Bangkok telah dikejutkan dengan insiden lubang benam atau "sinkhole" berukuran 30x30 meter dengan kedalaman 50 meter terbentuk di hadapan Hospital Vajira sekitar jam 7 pagi pada Rabu.

Beberapa kereta dan tiang elektrik dilaporkan telah ditelan dalam runtuhan, manakala paip pecah memancutkan air deras serta kabel tumbang mengeluarkan percikan api berbahaya.

Advertisement

Pihak berkuasa menutup laluan sekitar dan memindahkan pesakit hospital serta penduduk flat berhampiran.

Menurut Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt, kejadian berlaku akibat runtuhan terowong landasan berkembar dan stesen baharu yang sedang dibina.

“Apabila tanah mula meluncur masuk ke dalam terowong, keseluruhan terowong itu runtuh. Ia juga menyebabkan paip pecah dan air yang memancut menjadikan runtuhan semakin teruk,” jelasnya.

Beliau turut berkata hospital mungkin tidak terjejas dengan kejadian tersebut namun tindakan segera perlu diambil.

“Kami sedang menilai kerosakan ketika ini, kami fikir hospital mungkin terselamat. Tetapi kita perlu menutup lubang ini dengan segera sebelum segalanya turut ditarik masuk ke bawah,” katanya.

Media tempatan melaporkan insiden berpunca daripada kebocoran terowong di tapak pembinaan stesen MRT baharu.

Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan. Laluan dari persimpangan Vajira ke persimpangan Sanghi ditutup sepenuhnya.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement