Skip to main content

Selebriti

Bapa Pasya Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru-Paru Tahap Empat

Ayah Pasya Meninggal

Bapa kepada penyanyi, Pasya iaitu Fauzi Abdul Ghani telah menghembuskan nafas terakhirnya jam 7.07 pagi tadi.

Menerusi perkongsian di laman instagramnnya, Pasya atau Faizul Ashraff Fauzi memaklumkan bahawa jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau Hidayah Flat Taman Dato Ahmad Razali selepas solat Zohor sebelum dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Ukay Perdana.

Advertisement

"Mohon yang mengenali sedekahkan Al-Fatihah buat ayah saya. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan diampunkan dosa-dosanya.

"Sekiranya arwah ada berhutang dengan sesiapa, Mohon hubungi saya," tulis Pasya.

Memetik dari laporan Mstar, Allahyarham meninggal pada usia 65 tahun di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kanser paru-paru tahap empat.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement