Skip to main content

Bola Sepak

Baru Berusia 14 Tahun, Pemain Warisan Ini Sumbang 7 Gol Dalam Satu Perlawanan Untuk Malaysia!

Baru Berusia 14 Tahun, Pemain Warisan  Ini Sumbang 7 Gol Dalam Satu Perlawanan Untuk Malaysia!

Sekilas

  • Malaysia menamatkan saingan Kumpulan A sebagai naib johan selepas menang besar 9-0 ke atas Arab Saudi di Piala Srikandi Merdeka.
  • Skuad B-16 wanita negara berjaya ke separuh akhir walaupun bermain dengan 10 pemain selepas satu kad merah diterima.
  • Lim You, pemain berusia 14 tahun berdarah warisan Johor, mencetak tujuh gol dan kini menjadi penjaring terbanyak kejohanan.
Advertisement

Malaysia menamatkan saingan Kumpulan A selaku naib johan, sekali gus berjaya lolos ke separuh akhir Piala Srikandi Merdeka selepas menewaskan Arab Saudi 9-0 di Super Soccer Arena, Kudus, Indonesia semalam.

Kelebihan jaringan menyaksikan pelapis Malayan Tigress untuk memiliki kelebihan berbanding Hong Kong meskipun berkongsi empat mata.

Advertisement

Meskipun beraksi dengan 10 pemain ekoran Dishanna Nagarajan Pillay dilayangkan kad merah tetapi, skuad bola sepak bawah 16 tahun (B-16) wanita negara itu mencipta sensasi apabila mencatatkan kemenangan terbesar dalam sejarah.

Satu lagi tumpuan di mana bintang berdarah warisan menjadi tunjang utama kemenangan pasukan bimbingan Fairuz Montana Zainal Abidin itu. Sebagai makluman, ibu bapanya berasal dari Johor dan You pula dilahirkan di Taiwan sebelum berkelana ke AS. 

Lim You menjaringkan tujuh gol dengan beberapa jaringan cantik menjadi tumpuan kejohanan dan serta merta diangkat sebagai penjaring terbanyak ketika ini.

Advertisement

Baru berusia 14 tahun, tetapi perbezaan kualiti terus menjadikan dirinya senjata dan sandaran Malaysia menjelang pertemuan separuh akhir nanti. 

Untuk rekod, pemain cilik itu mendapat pendidikan awal bola sepak di XF Academy yang berpangkalan di AS. 

Sumber: Stadium Astro

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Goletto IX Firm/Multi-Ground Boots Unisex White JP6709

adidas Football Goletto IX Firm/Multi-Ground Boots Unisex White JP6709

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Football F50 League Firm/Multi-Ground Boots Unisex White IE0601

adidas Football F50 League Firm/Multi-Ground Boots Unisex White IE0601

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

adidas Lifestyle Adilette Clog 2.0 Unisex Yellow JR4026

adidas Lifestyle Adilette Clog 2.0 Unisex Yellow JR4026

Microfiber Singlet Men Jersey Round Neck T shirt Short Sleeve Baju Jersi Lelaki Plain Unisex Quick Dry Baju Sukan

Microfiber Singlet Men Jersey Round Neck T shirt Short Sleeve Baju Jersi Lelaki Plain Unisex Quick Dry Baju Sukan

Must Watch Video

Advertisement