Skip to main content

Selebriti

Baru Filem Pertama! Nandagopall Mohan Dah Tercalon Dalam Anugerah Antarabangsa Golden Horse - “ Saya Mewakili Komuniti Pekak & Bisu…”

Baru Filem Pertama! Nandagopall Mohan Dah Tercalon Dalam Anugerah Antarabangsa Golden Horse - “ Saya Mewakili Komuniti Pekak & Bisu…”

Sekilas

  • Pelakon Nandagopall Mohan tercalon sebagai Pelakon Baharu Terbaik di Anugerah Antarabangsa Golden Horse Ke-63 menerusi filem pertama beliau, SAYANG SAYANG.
  • Filem ini mengisahkan tiga anak muda pekak dan bisu yang mencari identiti dan impian mereka dalam kehidupan.
  • SAYANG SAYANG akan ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober dan di Malaysia mulai 5 November.
Advertisement

Pelakon filem SAYANG SAYANG, Nandagopall Mohan meluahkan rasa terharu selepas tercalon dalam Anugerah Antarabangsa Golden Horse Ke-63 bagi kategori Pelakon Baharu Terbaik.

Menurut Nandagopall, dia tidak pernah menyangka akan meraih pengiktirafan sedemikian terutama ketika dia baru sahaja membuat kemunculan dalam filem pertamanya.

Advertisement

“Menerima pencalonan Pelakon Baharu Terbaik di Anugerah Golden Horse melalui filem pertama saya adalah sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan,”katanya.

Bagaimanapun, Nandagopall berkata dia menggangap pencapaian tersebut sebagai sebuah peluang untuk menyebarkan kepada orang ramai mengenai kisah individu yang mengalami masalah pendengaran dan percakapan.

“Namun lebih bermakna daripada pengiktirafan ini adalah peluang untuk menghidupkan watak Ajay dan berkongsi kisah yang mewakili individu dalam komuniti pekak dan bisu,”ujarnya.

Advertisement

SAYANG SAYANG mengisahkan tiga anak muda pekak dan bisu daripada latar belakang berbeza, Ajay, Mina dan San San yang mencari identiti, impian serta tempat mereka dalam kehidupan.

Selain Nandagopall, filem tersebut turut menampilkan Lee Lee-Zen, Sasha Tang, Jo Kukathas, Ong Ai Leng, Farah Ahmad, Amir Ahnaf, Vemanna Appannah, Khir Rahman, Mia Tan Shu Man, Jonathan Lee dan Tan Li Yang.

SAYANG SAYANG bakal ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober ini sebelum menemui penonton Malaysia bermula 5 November depan.



 

Anda mungkin berminat dengan

YOUMILIER Sweatshirt Pants Set 8062

YOUMILIER Sweatshirt Pants Set 8062

(SY Shoes) Original KORAKOH Quality Rubber Rain Boots/Kasut Air Getah/Kasut Boot/Kasut Hujan (CKS 6000)

(SY Shoes) Original KORAKOH Quality Rubber Rain Boots/Kasut Air Getah/Kasut Boot/Kasut Hujan (CKS 6000)

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

Gillette Venus Comfortglide White Tea Scent Razor with Gel Bars Women's Razor Handle + 2 Blade Refills

Gillette Venus Comfortglide White Tea Scent Razor with Gel Bars Women's Razor Handle + 2 Blade Refills

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video

Advertisement