Tular di TikTok apabila seorang isteri bertindak nekad menyerbu suaminya di sebuah klinik kesihatan selepas mendakwa lelaki itu kantoi bersama wanita lain dipercayai skandalnya.
Situasi semakin tegang apabila si suami dilihat cuba memaut tubuh wanita berkenaan sebelum disergah isteri.
Advertisement
Lebih mengejutkan, dia pula bertindak mempertahankan wanita tersebut.
“Dia kawan daddy, jangan libatkan dia. Dia adik Ateh. Kau jangan touch dia,” tegas lelaki itu.
Wanita terbabit yang dikenali sebagai Najwa bagaimanapun turut menafikan hubungan mereka.
“Sumpah aku dengan dia takde apa-apa. Tanya Boyfriend, Eh Laki Kau.
"Kalau kau touch aku, aku report polis,” katanya.
Aksi itu mencetuskan perdebatan netizen yang rata-rata mengecam sikap suami kerana lebih memilih ‘skandal’ berbanding isterinya sendiri.
"Panas pula aku tengok.
"Kalau tak curang kenapa lari.
"Boleh dia defend perempuan lain selain isteri dia.
"Mana ada orang nak mengaku curang.
"Kawan apa siap peluk," komen netizen.