Skip to main content

Berita

Baru Saja Siti Nurhaliza Ziarah Di ICU... Fadzil Sitizoner Meninggal Dunia Pagi Tadi

fg

Sekilas

Seorang peminat setia biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang dikenali sebagai Fadzil Sitizoner dilaporkan telah meninggal dunia pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di akaun Instagram rasmi @sitizonemy yang berkongsi berita dukacita pemergian Allahyarham Mohd Fadzil bin Redzuan.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.

“Dukacita ingin memaklumkan bahawa sahabat Sitizoners kita semua, Mohd Fadzil bin Redzuan telah kembali ke Rahmatullah pada jam 7.42 pagi tadi (25 Disember 2025).

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah buat seluruh keluarga beliau. Al-Fatihah,” menurut kenyataan tersebut.

Terdahulu, Datuk Seri Siti Nurhaliza sempat meluangkan masa menziarahi Allahyarham Fadzil yang ketika itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital.

Dalam satu sidang media Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza, penyanyi lagu Cindai itu kelihatan sebak dan meluahkan rasa syukur kerana diberi kesempatan bertemu antara peminat setianya sebelum pemergian.

Bagi Siti, Allahyarham Fadzil bukan sekadar peminat, sebaliknya antara individu yang sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjalanan seninya sejak sekian lama.

Pemergian Allahyarham nyata meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada keluarga, malah komuniti peminat Sitizoners yang mengenali keperibadian arwah sebagai seorang yang setia, rendah diri dan penuh kasih terhadap seni Siti Nurhaliza.

Sumber: Instagram

Must-Watch Video

Advertisement