Seorang bayi yang baru berusia satu minggu meninggal dunia selepas dihempas beberapa kali oleh lelaki mabuk yang menceroboh masuk kediamannya di Desa Sungai Gambah, Kecamatan Barabai, Kabupaten Hulu Sungai Tengah (HST), Kalimantan Selatan, Indonesia.
Insiden menyayat hati itu terjadi pada 22 September selepas lelaki yang dikenali sebagai HA bertindak di luar kewarasan sehingga membuat satu nyawa yang tidak berdosa melayang.
Advertisement
Menurut kronologi kes, suspek telah masuk ke rumah mangsa pada waktu pagi dalam keadaan mabuk dengan alasan mencari bapa kepada bayi malang itu.
Bayi tersebut sedang tidur sementara ibunya mandi dan nenek berada di dapur mencuci pinggan.
“Suspek bertanya tentang keberadaan bapa bayi tersebut. Namun dia tiba-tiba menghampiri bayi malang yang sedang tidur.
“Suspek menarik kaki bayi, mengangkat dan menghempas dia berulang kali di lantai dan dinding,” ujar wakil pihak berkuasa seperti dilaporkan Kompas.
Melihat kejadian itu, nenek mangsa menjerit histeri sebelum jiran tetangga datang dan membantu menangkap suspek.
Bayi malang itu pula dikejarkan ke hospital namun disahkan telah meninggal dunia.