Skip to main content

Berita

Bayi Dilarikan Monyet, Maut Dicampak Dalam Tong Air Atas Bumbung

Monyet Bawa Lari Baby

Seorang bayi berusia dua bulan berdepan maut selepas dilarikan sekumpulan monyet.

Kejadian itu berlaku di perkampungan Suraipur di Uttar Pradesh, India pada Khamis lalu.

Menurut ahli keluarga mangsa, bayi yang dalam keadaan lemah setelah menerima rawatan di pusat trauma di Lucknow diletakkan di pekarangan rumah sementara ibunya mandi.

"Ketika itu, haiwan tersebut menceroboh masuk ke rumah berkenaan lalu melarikan bayi itu.

Insiden itu disedari jiran mereka yang memaklumkan kepada keluarganya.

"Mereka kemudiannya cuba menjejaki mangsa dan akhirnya bayi itu ditemui mati lemas di dalam tong air di atas bumbung," lapor media tempatan.

Bayi itu dikebumikan segera pada hari sama tanpa memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Berita kematiannya tersebar pada keesokan harinya dan membawa kepada siasatan polis serta prosedur post mortem dilakukan.

Meskipun penyiasat belum membuat kesimpulan rasmi, penemuan awal menyokong dakwaan keluarga itu berikutan insiden serupa turut berlaku di kawasan lain di Uttar Pradesh. 
 

Sumber: Sinar Harian

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement