Skip to main content

Berita

Bekas Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad Terkorban Dalam Serangan Udara

Astro Gempak 223

Sekilas

  • Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, dilaporkan terkorban dalam serangan udara di kediamannya di Teheran bersama pengawal peribadinya.
  • Ahmadinejad memegang jawatan dari 2005 hingga 2013 dan dikenali dengan dasar nuklear yang menyebabkan sekatan antarabangsa serta krisis ekonomi di Iran.
  • Sepanjang tempoh kepimpinannya, beliau menerima kritikan antarabangsa termasuk kenyataan anti-Semitik dan penafian Holocaust, menyebabkan penyokong dan kumpulan pelampau menjauhkan diri daripadanya.
Advertisement

Bekas Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad, dilaporkan terkorban dalam satu serangan udara di Teheran, lapor agensi berita rasmi ILNA pada Ahad menurut Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahmadinejad, 69, terbunuh di kediamannya di timur Teheran bersama pengawal peribadinya, lapor ILNA.

Advertisement

Sepanjang lapan tahun memegang jawatan dari 2005 hingga 2013, Ahmadinejad pada mulanya merupakan tokoh pilihan golongan ulama Syiah yang memerintah serta kumpulan pelampau dan konservatif di parlimen.

Bagaimanapun, menjelang akhir penggal perkhidmatannya, timbul keraguan terhadap dasar-dasar yang diperkenalkan beliau.

Dasar nuklearnya telah menyebabkan Iran dikenakan pelbagai sekatan antarabangsa yang seterusnya membawa kepada krisis ekonomi.

Ahmadinejad turut menerima kritikan antarabangsa terutamanya berhubung kenyataan anti-Semitik beliau.

Semasa tempoh kepimpinannya, Iran dipulaukan di peringkat antarabangsa berikutan ancaman ketenteraan terhadap Israel serta penafian beliau terhadap peristiwa Holocaust.

Para penyokongnya mula menjauhkan diri daripada beliau, malah kumpulan pelampau juga menganggapnya sebagai tokoh yang kontroversi pada penghujung tempoh jawatannya. - Bernama-dpa

Sumber: Sinar Harian menerusi BERNAMA

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement