Skip to main content

Berita

Belasungkawa Bung Moktar, PMX Ucap Takziah - “Arwah Tokoh Yang Tegas & Lantang Mempertahankan…”

Bung Moktar

Sekilas

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah atas pemergian Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Panglima (Dr) Bung Moktar Radin.
  • Anwar mengenang Allahyarham sebagai tokoh tegas dan lantang dalam memperjuangkan hak rakyat serta jasa beliau akan terus dihargai.
  • Bung Moktar meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada awal pagi tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah atas pemergian Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah iaitu Datuk Seri Panglima (Dr) Bung Moktar Radin.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar menyifatkan Allahyarham Bung sebagai seorang tokoh yang begitu tegas dalam memperjuangkan hak rakyat.

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un, saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Pengerusi Barisan Nasional Sabah merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan dan ADUN Lamag, yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.

“Sebagai seorang sahabat lama, saya mengenang Allahyarham sebagai tokoh yang tegas, berpendirian dan lantang dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Jasa serta komitmen beliau dalam arena politik, khususnya terhadap rakyat Sabah dan negara, akan terus dihargai dan terpahat dalam ingatan,” kongsinya.

Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menghembuskan nafas terakhir sekitar 1.46 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. 

Berita sedih pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan itu dikongsi anak Allahyarham, Naim Kurniawan Moktar di Facebooknya. 

Difahamkan, Allahyarham menghadapi kegagalan buah pinggang dan dimasukkan ke hospital sejak pagi Khamis.

Selain ahli keluarga, pemimpin politik dan rakan kenalan beliau turut berada di hospital itu sejak berita beliau dimasukkan ke hospital tersebar lewat petang semalam.

Sumber: Facebook PMX

Must-Watch Video

Advertisement