Skip to main content

Berita

“Beliau Hanya Menangis Sepanjang Masa” - Doktor Pakar IJN Kongsi Keadaan Tun Mahathir Selepas Pemergian Isteri

Felo Klinikal Kardiologi dan Pakar Perubatan Dalaman di Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Iskandar Mirza Amran

Sekilas

  • Dr. Iskandar Mirza Amran adalah antara doktor yang memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah sebelum beliau disahkan meninggal dunia.
  • Beliau juga ditugaskan menjaga Tun Dr. Mahathir sepanjang urusan pengebumian Tun Dr. Hasmah pada Isnin lalu.
  • Gambar Dr. Iskandar bersama jururawat dan juruterapi yang tular mendapat perhatian ramai, dan beliau menerima ucapan terima kasih atas dedikasi menjaga Tun Mahathir.
Advertisement

Felo Klinikal Kardiologi dan Pakar Perubatan Dalaman di Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Iskandar Mirza Amran, 40, antara individu yang melakukan bantuan pernafasan kecemasan terhadap Tun Dr Hasmah sebelum Allahyarhamah disahkan meninggal dunia. 

 

Advertisement

Dr. Iskandar Mirza Amran juga ditugaskan untuk menjaga bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sepanjang urusan pengebumian Allahyarham Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali pada Isnin lalu.

 

“Saya antara individu yang dipanggil untuk melakukan bantuan pernafasan kecemasan atau Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) terhadap Dr. Hasmah sebelum beliau disahkan meninggal dunia,” katanya. .

 

Menceritakan kejadian pada awal pagi itu, ada tujuh individu dalam satu pasukan di IJN merawat serta memantau kesihatan Dr. Mahathir dan isterinya yang diketuai Datuk Dr. Amin Ariff Nuruddin bersama Datuk Dr. Ahmad Khairuddin Mohamed Yusof, Datuk Dr. Ghazali Ahmad, Dr. Hafidz Abd Hadi, Dr Hisham Md Sharom, Dr. Afif Ashaari selain dirinya.

Advertisement

 

“Pada Ahad lalu, saya bertugas bagi syif 24 jam. Pada pagi semalam, kami dimaklumkan ada kod biru iaitu kecemasan membabitkan Dr. Hasmah.

 

“Saya antara individu yang dipanggil untuk melakukan bantuan pernafasan kecemasan atau Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) terhadap Dr. Hasmah sebelum beliau disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Dr. Iskandar berkata, dia kemudian ditugaskan untuk bersama Dr. Mahathir sepanjang urusan pengebumian memandangkan doktor lain dalam pasukan itu mempunyai prosedur penting pada hari itu.

 

“Saya lihat Dr Mahathir memang sedih. Beliau tidak banyak bercakap dan hanya menangis sepanjang masa.

 

“Saya ada bertanya keadaannya untuk periksa sama ada beliau ada mengalami sesak nafas atau sakit dada dan dimaklumkan Dr. Mahathir tidak alami simptom berkenaan,” katanya.

 

Mengulas mengenai gambarnya bersama dua lagi individu iaitu jururawat berbangsa India serta juruterapi berbangsa Cina yang tular di media sosial, Dr. Iskandar berkata, dia tidak menyangka ia tular dan menyentuh hati ramai pihak.

 

“Ramai pihak menghubungi saya mengucapkan terima kasih kerana menjaga Tun Mahathir. Saya rasa gembira apabila kehadiran kami mengubah persepsi negatif terhadap doktor.

 

“Apabila menerima ucapan terima kasih serta penghargaan daripada orang ramai, saya rasa penat lelah bertugas kira-kira 40 jam semalam amat berbaloi,” katanya.

 

Sumber - KOSMO!

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement