Sekilas
- Didi Astillah jelaskan nama 'Ara' dalam nama penuh Bella Astillah sebenarnya diberikan oleh arwah nenek mereka.
- Nama 'Ara' digugurkan dari nama Bella kerana nama asalnya terlalu panjang, bukan direka-reka seperti didakwa netizen.
- Bella menamakan anak perempuannya Ara Adreanna sebagai penghormatan kepada arwah nenek yang sangat disayangi.
Adik kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah iaitu Didi Astillah tampil menjelaskan kekeliruan mengenai penggunaan nama ‘Ara’ dalam nama penuh kakaknya.
Menerusi Threads, Didi berkongsi bahawa nama ‘Ara’ bukanlah direka, sebaliknya merupakan nama yang diberikan oleh arwah nenek.
Bagaimanapun, nama tersebut akhirnya digugurkan kerana nama asal Bella terlalu panjang.
"Tiba-tiba nak label orang menipu. Kadang tergelak pun ada bila baca. Comel!
"Ara itu adalah nama yang diberi arwah nenek yang kita sayang sangat. Tapi sebab panjang sangat, jadi kita buang yang tu," tulisnya.
Dalam masa sama, Didi turut berkongsi bahawa Bella masih menyimpan rasa kasih yang mendalam terhadap arwah nenek mereka.
Maka, disebabkan itulah Bella memilih untuk memberikan nama ‘Ara’ itu kepada anak perempuannya, Ara Adreanna.
"Tetapi kaklong memang terlalu sayang dan tak boleh lupakan arwah nenek sebab itu dia akan letak dekat mana-mana.
"Dan bila kaklong ada anak perempuan, terus dia bubuh Ara. Sebab nama itu sangat bermakna," kongsinya.
Terdahulu, seorang netizen mendakwa Bella menipu mengenai nama sebenarnya apabila mendapati laman Wikipedia memaparkan nama Dayang Ara Nabellah binti Awang Astillah, sedangkan kebanyakan laporan media sebelum ini menggunakan nama Dayang Nabellah Awang Astillah.