Skip to main content

Berita

Bella Astillah Sebak Lihat Tun Mahathir Di Pengebumian Isteri – “This Breaks My Heart”

Bella Astillah Sebak Lihat Tun Mahathir Di Pengebumian Isteri – “This Breaks My Heart”

Sekilas

  • Bella Astillah berkongsi rasa sedih melihat Tun Dr. Mahathir yang sugul ketika pengebumian isterinya, Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali.
  • Bella dan tunangnya, Syed Saddiq, membatalkan sidang media perkahwinan mereka untuk memberi ruang kepada Syed Saddiq menghadiri pengebumian Allahyarhamah.
  • Tun Dr. Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun dan dikenang atas sumbangan besar dalam bidang kesihatan, kebajikan, dan pembangunan wanita.
Advertisement

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tersentuh melihat keadaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika pengebumian isterinya, YABhg. Tun Dr. Hasmah binti Mohamad Ali.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, berkongsi foto memaparkan Tun Dr. Mahathir yang kelihatan sugul ketika memberikan penghormatan terakhir kepada isteri tercinta.

“This breaks my heart (Ini benar-benar meruntun hati saya),” tulisnya ringkas.

Sebelum ini, Bella bersama tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membatalkan sidang media berkaitan majlis perkahwinan mereka yang dijadualkan berlangsung petang Isnin.

Keputusan tersebut dibuat susulan pemergian Tun Dr. Hasmah yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada usia 100 tahun.

Pasangan itu mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perancangan berkenaan bagi memberi ruang kepada Syed Saddiq untuk bersama keluarga dan menghadiri urusan pengebumian Allahyarhamah.

Terdahulu, Syed Saddiq turut berkongsi bahawa Allahyarhamah pernah menyatakan hasrat untuk menghadiri majlis perkahwinannya bersama Bella selain sempat menitipkan nasihat mengenai perkahwinan, keluarga dan kehidupan dalam pertemuan terakhir mereka.

Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah meninggal dunia pada 16 Rabiulakhir 1448H selepas mencurahkan jasa dalam bidang kesihatan, kebajikan serta pembangunan wanita sepanjang hayatnya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement