Skip to main content

Selebriti

Belum Tiba Masa Untuk Kembali Dalam Industri Seni, Zahida Rafik Akui Ada Komitmen Besar - “ Rindu Depan Kamera Tetapi…”

Belum Tiba Masa Untuk Kembali Dalam Industri Seni, Zahida Rafik Akui Ada Komitmen Besar - “ Rindu Depan Kamera Tetapi…”

Sekilas

  • Zahida Rafik mengakui rindu untuk beraksi di depan kamera walaupun sudah lama meninggalkan dunia seni.
  • Dia kekal dengan keputusan untuk tidak kembali berlakon kerana komitmen menjaga ibu bapa yang sudah tua.
  • Zahida tidak lagi menerima tawaran lakonan termasuk daripada rakan terdekat kerana tidak dapat memenuhi permintaan mereka.
Advertisement

Meskipun sudah lama meninggalkan industri seni, pelakon, Zahida Rafik mengakui berasa rindu untuk menjalani penggambaran di set dan beraksi di hadapan kamera seperti masa lalu.

Namun begitu, Zahida berkata pendiriannya untuk keluar dari dunia hiburan masih kekal memandangkan dia mempunyai komitmen yang tinggi untuk menyara ibu bapanya yang kini sudah semakin berusia.

Advertisement

“Saya memang dah lama tinggal bidang seni tetapi saya masih berjumpa kawan-kawan saya. Saya akan luangkan masa bersama mereka. 

“Saya tak pasti lagi saya akan kembali sebab saya ada komitmen. Saya tak boleh nak janji. Saya masih tak hilang terus dan jumpa semua kawan-kawan saya.

“Ada juga rindu depan kamera. Bila difikir semula, saya ada banyak komitmen. Nak bahagi masa, duduk set lagi. Dengan tiada masa nak balik. Saya rasa ia sangat sukar dan memeningkan kepala.

Advertisement

“Ibu bapa saya pun sudah tua. Saya ada komitmen untuk menjaga mereka.  Walaupun kami ada pembantu, mereka adalah komitmen terbesar saya”katanya kepada Gempak.

Zahida berkata demikian ketika ditemui di majlis tahlil Tun Hasmah yang berlangsung di Musollah Aisya, Kuala Lumpur pada Khamis.

Ditanya sama ada dia masih menerima sebarang tawaran lakonan, Zahida berkata dia tidak lagi menerima sebarang pekerjaan termasuk daripada rakan terdekatnya, pengarah dan penerbit, Erma Fatima kerana tidak boleh memenuhi permintaan mereka.

“Kebelakangan ini, saya sudah tidak terima sebarang tawaran berlakon kerana saya banyak janji tetapi tidak dapat penuhi. Erma pun banyak kali tawar. Mula-mula saya teruja selepas itu sudah tiada.

“Kali terakhir saya berlakon adalah bersama Indonesia. Syarikat saya terbit bersama mereka,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

Must Watch Video

Advertisement