Skip to main content

Berita

“Berapa Banyak Lagi Nyawa Nak Jadi Mangsa” - Kes Pemandu Mabuk, Abewee Harap Keadilan Buat Arwah Amirul Hafiz

Abewee

Sekilas

  • Abewee menyeru agar kes kemalangan melibatkan Amirul Hafiz di Klang mendapat keadilan sepenuhnya dan dijadikan peringatan tentang bahaya memandu di bawah pengaruh alkohol.
  • Suspek didakwa membunuh Amirul Hafiz dan mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah jenis Benzo dan THC pada hari kejadian.
  • Abewee menegaskan keadilan perlu ditegakkan bukan sahaja untuk arwah tetapi juga sebagai amaran kepada semua agar insiden sama tidak berulang.

Pempengaruh media sosial, Abewee memohon agar kes kemalangan melibatkan mangsa dikenali sebagai Amirul Hafiz di Klang yang tular baru-baru ini mendapat keadilan sepenuhnya.

Menerusi hantaran di Threads, Abewee berkata insiden itu tidak seharusnya dilihat sebagai berita biasa, sebaliknya harus dijadikan peringatan serius kepada masyarakat mengenai bahaya memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Kes Amirul Hafiz di Klang bukan sekadar berita. Ini akibat keputusan yang tak bertanggungjawab.

“Minum, lepas tu masih pilih untuk bawa kereta. Berapa banyak lagi nyawa nak jadi mangsa?” tegasnya.

Dalam hantaran yang sama, Abewee menekankan keadilan perlu ditegakkan, bukan sahaja untuk arwah, tetapi juga sebagai peringatan kepada semua pihak agar insiden sama tidak berulang.

“Keadilan mesti ditegakkan bukan untuk arwah sahaja, tapi untuk semua mangsa pemandu mabuk. Justice untuk arwah,” tulisnya.

Terdahulu, semasa prosiding, Saktygaanapathy mengangguk tanda faham selepas didakwa membunuh Amirul Hafiz Omar, 33, di Jalan Raya Barat, di sini pada jam 11.47 pagi, 29 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dijatuhi hukuman gantung, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali.

Dalam pada itu, dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan memberikan dirinya dadah disyaki jenis Benzo dan Tetrahydrocannabinol (THC) ke dalam badan, di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang di sini pada jam 3.30 petang tarikh sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.


Sumber: Threads @abewee1

Anda mungkin berminat dengan

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement