Skip to main content

Viral

Beribu-Ribu Gagak Misteri Selubungi Langit Tel Aviv

Astro Gempak gagak telaviv
Advertisement

Langit Tel Aviv dipenuhi kawanan burung gagak yang terbang mengelilingi bangunan, dalam apa yang digelar orang ramai sebagai amaran malapetaka besar-besaran, lapor portal berita MailOnline.

Beribu-ribu ekor burung gagak dirakam mengelilingi bangunan pencakar langit termasuk Menara Azrieli, dalam rakaman video yang kini tular.

Advertisement

Ramai pengguna media sosial mengaitkan fenomena menakutkan itu dengan ketegangan berterusan Israel dengan Iran, serta mendakwa ia menandakan bencana yang bakal berlaku.

“Ini dianggap oleh ramai sebagai ‘petanda azab’ kerana ia sering diikuti dengan bencana besar,” kata seorang pengguna media sosial di platform X.

Kawanan burung yang berpusar itu menghasilkan awan gelap yang beralih di kaki langit, membuatkan penduduk dan pengguna media sosial terpegun dengan skala penghijrahan yang besar.

Bagaimanapun, saintis yang mengkaji burung berkata, fenomena itu bukanlah sesuatu yang luar biasa tetapi sebahagian daripada penghijrahan bermusim rutin di sepanjang salah satu laluan burung paling sibuk di dunia.

Pakar menyatakan bahawa kira-kira 500 juta burung terbang melalui Israel setiap tahun semasa penghijrahan musim bunga, dengan burung gagak kerap berkumpul di kawasan bandar ketika musim bersarang. – AGENSI 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement