Skip to main content

Antarabangsa

Berpantang Maut Sebelum Ajal, Penunggang Motosikal Dipijak Gajah Dua Kali

Berpantang Maut Sebelum Ajal, Penunggang Motosikal Dipijak Gajah Dua Kali

Sekilas

  • Seorang penunggang motosikal nyaris maut selepas dipijak gajah liar dua kali di lebuh raya Haridwar-Dehradun, India.
  • Kejadian dirakam oleh pemandu teksi yang kebetulan melalui kawasan tersebut dan menunjukkan mangsa terbaring di jalan sebelum gajah itu berlalu.
  • Lebuh raya berdekatan Rizab Harimau Rajaji yang merupakan habitat dilindungi gajah dan hidupan liar lain, menjadikan kemunculan gajah di situ perkara biasa.
Advertisement

Seorang penunggang motosikal nyaris maut selepas dipijak seekor gajah liar sebanyak dua kali di bahagian dada dan perut ketika melalui sebuah lebuh raya di Uttarakhand, India pada awal pagi Khamis.

Kejadian berlaku berhampiran Nepali Farm di Lebuh Raya Haridwar-Dehradun.

Advertisement

Penunggang motosikal itu sedang melalui jalan berkenaan sebelum terserempak dengan gajah liar yang tiba-tiba menghampirinya.

Kejadian itu dirakam oleh Shiva Sharma, seorang pemandu teksi dan pencipta kandungan digital yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

Rakaman yang dikongsinya di Facebook menunjukkan lelaki itu terbaring di atas jalan ketika gajah berkenaan berjalan melintasi tubuhnya.

Advertisement

Beberapa orang awam turut menjerit untuk menghalau gajah berkenaan.

Haiwan itu kemudiannya melepasi penghadang keselamatan lebuh raya sebelum menghilang ke arah hutan.

Selepas gajah beredar, orang ramai segera membantu mangsa.

Sharma berkata, gajah sering muncul secara tiba-tiba di laluan Haridwar-Dehradun hingga membahayakan pengguna jalan raya.

Dia turut meluahkan rasa terkejut apabila melihat penunggang motosikal itu terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Lebuh raya tersebut terletak berhampiran Rizab Harimau Rajaji, kawasan habitat dilindungi bagi gajah dan pelbagai hidupan liar lain.

Kemunculan gajah berhampiran jalan raya di kawasan itu bukanlah perkara luar biasa khususnya di laluan yang bertindih dengan kawasan pergerakan haiwan tersebut.

Kawasan Lapangan Terbang Jolly Grant dan persekitarannya turut dikenal pasti sebagai zon sensitif bagi pergerakan gajah serta sebahagian daripada koridor gajah.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement