Skip to main content

Selebriti

"Biasanya, Perempuanlah Yang Kena Lebih" - Fazley Beri Pandangan Isu Cerai, Harap Pasangan Bertoleransi & Tak Oversharing

Fazley Yaakob cerai

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berpandangan bahawa golongan wanita sering menjadi pihak yang paling terkesan apabila berlakunya kes penceraian.

Menurut Fazley, sesetengah netizen sering mengkritik satu pihak sahaja tanpa mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak terlebih dahulu.

"Apabila wujud kes cerai, masih ada di kalangan netizen yang memilih untuk mengecam salah satu pihak sahaja. Kebiasaannya, perempuanlah yang kena lebih.

"Apa kata kalau masih rasa nak kecam, kecam sahaja kedua-dua pihak. Guna fakta yang ada, kemudian kupas kesalahan mereka kalau rasa memang nak jadi penyiasat kes cerai," tulisnya.

Pelantun lagu Asmara Ini turut berkata ada segelintir individu yang dilihat tidak berfikir panjang sebelum berkongsi secara berlebihan mengenai hal rumah tangga di media sosial.

"Bukan apa, apabila bercerai kedua-dua pihak tetap ada kelemahan masing-masing. Bezanya, ada pihak yang kurang sikit cerdik dalam kendalikan media sosial, terlebih beri maklumat untuk netizen kupaskan," jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan tersebut dan berpendapat isu penceraian sebaiknya tidak dikongsi secara terbuka.

"Lebih baik diam.

"Kalau tak mahu kena kecam, bercerai secara senyap.

"Setuju bang.

"Yang banyak cakap tu hanya akan membuka aib pasangan. Lebih baik diam sahaja," komen netizen.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement