Skip to main content

Rancangan Realiti

Big Stage Rocketfuel: Hampir Sempurna! Ranisha Peroleh Markah Tertinggi Daripada Hael Husaini & Aisha Retno

Big Stage Rocketfuel: Hampir Sempurna! Ranisha Peroleh Markah Tertinggi Daripada Hael Husaini & Aisha Retno

Sekilas

  • Ranisha dari Big Stage Rocketfuel mencipta rekod dengan markah tertinggi 90 dan 92 daripada juri Hael Husaini dan Aisha Retno.
  • Aisha memuji nyanyian Ranisha yang hampir sempurna dengan kekuatan vokal yang unik dan berbeza.
  • Big Stage Rocketfuel menampilkan 11 peserta yang berentap untuk memenangi kontrak pembangunan artis bernilai sehingga RM200,000.
Advertisement

Bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Ranisha mencipta rekod tersendiri apabila mendapat markah tertinggi daripada barisan juri tetap.

Menyampaikan lagu Die On This Hill nyanyian asal Sienna Spiro, Ranisha berjaya memperoleh markah 90 & 92 daripada Hael Husaini serta Aisha Retno.

Advertisement

Malah Aisha juga menyatakan nyanyian Ranisha pada malam ini hampir sempurna.

“Nyanyian yang hampir sempurna. Awak tahu kekuatan awak, growl awak sangat mahal, suara awak light jadi perlu ada weight,” katanya.

Dua markah ini menjadikan Ranisha peserta pertama yang memperoleh markah tertinggi sepanjang Big Stage Rocketfuel berlangsung.

Advertisement

Sepanjang lapan minggu pertandingan, para peserta bakal berentap dengan tiga pemenang utama bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.

Seramai 11 peserta bakal bersaing pada musim ini terdiri daripada Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina, Hussain serta duo Adam & Nazmie.

Hadiah itu merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.


Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, jangan lupa untuk saksikan Big Stage X Rocketfuel setiap hari Ahad pada jam 9 malam di Astro Ria serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Must Watch Video

Advertisement