Skip to main content

Selebriti

Big Stage Rocketfuel: Tiada Penyingkiran Selepas Rieffa? Ini Respon Tuan Badan - "Saya Tiada Rasa Sakit Hati Pun..."

Big Stage Rocketfuel: Tiada Penyingkiran Selepas Rieffa? Ini Respon Tuan Badan - "Saya Tiada Rasa Sakit Hati Pun..."

Sekilas

  • Rieffa, bekas peserta Big Stage Rocketfuel, menjelaskan dia tidak kecewa walaupun tiada penyingkiran diumumkan selepas dia tersingkir pada minggu keempat.
  • Dia mengakui masih banyak perkara perlu dipelajari dan diperbaiki dalam industri hiburan.
  • Rieffa menyatakan sokongan padu kepada peserta lain dan produksi yang dianggap seperti keluarga sendiri.
Advertisement

Bekas bintang Big Stage Rocketfuel, Rieffa tampil mengulas hantaran seorang netizen yang ingin mengetahui perasaannya selepas tiada penyingkiran diumumkan sejak dia tersingkir daripada program tersebut.

Menjawab persoalan itu, Rieffa berkata dia tidak menyimpan sebarang rasa kurang senang dengan situasi berkenaan.

Advertisement

Malah, dia mengakui masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan diperbaiki terutama berkaitan selok-belok industri serta bidang yang diceburinya.

"Saya sentiasa okey dan saya tiada rasa sakit hati pun kalau minggu-minggu itu tiada penyingkiran.

"Sebab saya sedar saya masih muda dan masih banyak yang saya perlu belajar dan perbaiki lagi,"tulisnya.

Advertisement

Rieffa yang tersingkir pada minggu keempat itu berkata dia akan sentiasa menyokong peserta lain yang telah dianggap seperti keluarganya sendiri.

"Dan saya akan sentiasa sokong semua abang dan kakak saya dalam tu sebab saya sayang mereka sama seperti keluarga saya sendiri. Tak lupa juga semua produksi di sana semua saya sayang,"ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Must Watch Video

Advertisement