Penyanyi dan naib juara musim keempat program Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4), Lotter menghembuskan nafas terakhir pada usia 43 tahun.
Lotter atau nama sebenarnya Lotter P. Edwin Edin meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu kira-kira pukul 10.13 malam semalam.
Advertisement
Penyanyi yang berasal dari Membakut, Sabah itu dimasukkan ke hospital pagi semalam selepas mengalami sesak nafas.
Pemergian Lotter dikongsikan oleh keluarganya yang memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan rohnya serta kekuatan buat keluarga yang kehilangan insan tersayang itu.
“Dukacita dimaklumkan, abang saya, Lotter, telah meninggal dunia pada 18/10/2025, jam 10:13pm di QEH 1. Sila selit namanya di dalam doamu,”menurut hantaran adiknya.
Sekadar rekod, mendiang pernah bertugas sebagai penyampai radio Suria FM Sabah dan Kupikupifmn