Ringkasan AI
- Penyanyi Ara Johari menarik perhatian netizen selepas berkongsi ciapan berseloroh di Threads mengenai keletihan menghasilkan lagu sedih.
- Ara berharap pasangan di luar sana tidak berlaku curang supaya dia tidak perlu lagi buat lagu galau.
- Ara Johari dikenali sebagai peserta Akademi Fantasia musim ke-13 dan popular dengan lagu seperti Warkah Untukku dan Bunga yang pernah meraih naib juara AJL ke-33.
Penyanyi, Ara Johari meraih perhatian netizen selepas memuat naik ciapan berseloroh di media sosialnya, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Threads, Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari bekata dia sudah penat menghasilkan lagu sedih dan berharap pasangan di luar sana tidak berlaku curang.
"Boleh tak jangan curang, penat lah asyik nak keluar lagu galau je," tulisnya.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang terhibur dan meminta Ara untuk terus keluarkan lagu genre galau kerana beranggapan suara dan karyanya disukai ramai.
"Siapa suruh suara sedap. Siapa suruh pandai nyanyi. Nak galau lagi please.
"Takpe, saya suka.
"Keluarkan je, kami suka dengar.
"Ala Ara jangan penat dulu, nak dengar lagi lagu galau," komen netizen.
Sekadar info, Ara merupakan bintang Akademi Fantasia musim ke-13 dan popular dengan lagu Warkah Untukku serta Bunga, yang pernah melayakkannya ke Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33 sebagai naib juara.