Ringkasan AI
- Iddin Ramli menegur perokok yang menggunakan tangan kanan untuk merokok kerana bau rokok melekat pada tangan dan menyebabkan ketidakselesaan ketika bersalaman.
- Beliau mencadangkan agar perokok menggunakan tangan kiri ketika merokok untuk mengelakkan bau rokok melekat pada tangan kanan.
- Iddin menasihatkan perokok yang merokok dengan tangan kanan supaya tidak menghulur tangan untuk bersalaman kerana bau rokok yang kuat.
- Netizen menyokong kenyataan Iddin dan berkongsi pengalaman mereka tentang bau rokok yang tidak menyenangkan terutama di tempat awam.
- Antara komen netizen termasuklah cadangan membawa sanitizer selepas bersalaman dan mengelakkan merokok di tempat awam atau kedai makan.
Pencipta kandungan dan personaliti dakwah, Iddin Ramli menzahirkan rasa kurang senangnya terhadap segelintir perokok yang merokok menggunakan tangan kanan.
Menurutnya, tindakan itu boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain, terutamanya apabila tangan yang sama digunakan untuk bersalaman kerana bau rokok yang kuat mudah melekat pada tangan orang lain.
Sebagai alternatif, Iddin menyarankan agar perokok menggunakan tangan kiri ketika merokok.
"Maaf boleh tak rokok guna tangan kiri. Kalau nak merokok guna tangan kanan, jangan hulur tangan untuk salam orang.Baunya melekat tau. Busuk pula tu," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kenyataan Iddin sambil berkongsi pengalaman masing-masing berdepan bau rokok yang tidak menyenangkan.
"Ya busuk, bau nafas pun Allahu. Kita yang bernafas ni pula rasa nak berhenti. Harap lebih peka dan ada common sense terhadap orang sekeiling.
"Lebih baik jangan merokok terus.
"Kena bersedia dengan sanitizer dalam poket. Lepas salam orang, pakai je sanitizer tu.
"Lagi satu, jangan merokok di tempat awam atau kedai makan. Naik lemas bau asap terutama waktu kita batuk. Ish sesak nafas tau," komen netizen.
Sumber: Threads