Skip to main content

Selebriti

Borneo Rising: Dabra Rampas Takhta, Michelle Pula Tersingkir Di Minggu Keempat

Borneo Rising: Dabra Rampas Takhta, Michelle Pula Tersingkir Di Minggu Keempat

Sekilas

  • Dabra muncul juara minggu keempat Borneo Rising dengan persembahan lagu DOLA nyanyian Angga Dermawan dan membawa pulang hadiah RM1,000.
  • Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Harvard dan Syukri, manakala Michelle tersingkir pada minggu tersebut.
  • Borneo Rising diadili oleh juri profesional dan undian penonton, disiarkan secara langsung setiap Ahad di Astro Ria dan TV Okey.
Advertisement

Pentas minggu keempat Borneo Rising (BR) menyaksikan Dabra mengguguli tangga teratas dengan markah keseluruhan tertinggi menerusi persembahan lagu DOLA nyanyian Angga Dermawan.

Malah, Dabra turut membawa pulang hadiah RM1,000 selepas dinobatkan sebagai pemenang Persembahan Paling Power sumbangan CelcomDigi pada segmen terakhir.

Advertisement

Sementara itu, tempat kedua dan ketiga pula masing-masing menjadi milik Harvard dan Syukri.

Bagaimanapun, perjalanan Michelle dalam Borneo Rising terhenti apabila dia diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada malam itu.

Minggu bertemakan Power Groove tersebut turut menyaksikan Harris, Faris dan Jecinta berada di kedudukan terbawah selepas memperoleh markah keseluruhan yang rendah.

Advertisement

Bintang Borneo Rising diadili oleh tiga juri tetap iaitu Noh Salleh, Marsha Milan dan Shila Amzah.

Penjurian Borneo Rising ditentukan menerusi 80 peratus pemarkahan daripada juri profesional dan 20 peratus lagi berdasarkan undian penonton.

Borneo Rising dihoskan oleh Zizan Razak dan Sherry Al-Hadad selama lapan minggu, bermula 6 September 2026 hingga 25 Oktober 2026.

Program itu disiarkan secara langsung dari ITCC Mall, Penampang, Sabah, setiap Ahad, jam 9 malam.

Borneo Rising boleh ditonton menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146), selain boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Must Watch Video

Advertisement