Skip to main content

Selebriti

Borneo Rising: Ditegur Kerana Kurang Pengetahuan, Faris Tak Ambil Hati - “Bukan Nak Lupa Tradisi Melayu Tetapi…”

Borneo Rising: Ditegur Kerana Kurang Pengetahuan, Faris Tak Ambil Hati - “Bukan Nak Lupa Tradisi Melayu Tetapi…”

Sekilas

  • Faris dari Borneo Rising tidak berkecil hati apabila ditegur mengenai kurangnya pengetahuan tentang tradisi Melayu dan mengakui jawapannya spontan semasa sesi soal jawab.
  • Dia menerima teguran secara terbuka dan berjanji untuk memperbaiki pengetahuannya dengan lebih banyak membaca dan belajar.
  • Faris juga tidak kisah jika ditegur orang ramai asalkan teguran disampaikan secara positif dan ikhlas, sambil menegaskan pentingnya reaksi yang seimbang terhadap isu tersebut.
Advertisement

Bintang Borneo Rising, Faris tidak berkecil hati apabila ditegur seorang pengguna Threads yang mempersoalkan pengetahuannya mengenai tradisi Melayu.

Faris atau nama penuhnya Mohd Faris Arif Malek menjelaskan soalan yang diajukan kepadanya ketika sesi soal jawab ringkas yang dimainkan sebelum persembahan bermula itu memerlukan jawapan secara spontan dan pantas.

Advertisement

Maka, dia hanya memberikan jawapan berdasarkan perkara yang terlintas di fikirannya pada waktu itu.

“Saya sebenarnya tak berapa ingat soalan dan jawapan itu. Saya anak Melayu dan banyak benda yang saya kurang. Soalan itu spontan, cuma saya jawab apa sahaja yang ada dalam kepala. Dia kena spontan dan cepat,”katanya ketika dihubungi Gempak.

Bagaimanapun, Faris mengakui kekurangan pengetahuannya itu dan menerima teguran tersebut secara terbuka.

Advertisement

“Apa yang kakak itu komen memang betul, saya mengakui saya tak banyak tahu mengenai tradisi. Mungkin nak recap apa yang kita belajar sebelum-sebelum ini ambil masa juga. Saya memang kena banyak membaca. Betul apa yang dia cakap.

“Bukan nak lupakan tradisi Melayu tetapi banyak lagi kita boleh kongsikan. Untuk bahagian ilmu itu, sejujurnya saya kuranglah,”kongsinya.

Menurut Faris, 34, dia juga tidak kisah sekiranya tindakan atau percakapannya ditegur orang ramai.

Baginya, cara seseorang menerima teguran dan menyampaikan pandangan adalah lebih penting.

“Saya tidak kisah jika ada orang yang mahu bangkitkan isu itu. Saya okay sahaja. Lagipun, saya fikir memang benda itu bukan isu yang patut diperbesarkan. Jangan sampai kita beri reaksi yang melebih-lebih.

“Kalau orang lebihkan sesuatu cerita atau isu itu, itu adalah hal dia. Janji, apa yang kita kongsikan itu, kita tahu apa yang kita nak kongsikan. Yang penting saya sampaikan secara positif, jujur dan ikhlas. Apa yang saya tahu, itulah yang saya kongsikan,” ujarnya.

Terdahulu, perjalanan Faris dalam Borneo Rising terhenti pada minggu separuh akhir selepas dia diumumkan tersingkir daripada program realiti berkenaan.

Borneo Rising diadili oleh tiga juri tetap iaitu Noh Salleh, Marsha Milan dan Shila Amzah.

Pemarkahan ditentukan menerusi 80 peratus penilaian juri profesional, manakala 20 peratus lagi berdasarkan undian penonton.

Program yang dihoskan oleh Zizan Razak dan Sherry Al-Hadad itu berlangsung selama lapan minggu, bermula 6 September hingga 25 Oktober 2026.

Borneo Rising bersiaran langsung dari ITCC Mall, Penampang, Sabah, setiap Ahad, jam 9 malam. Program ini boleh ditonton menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146), selain distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.

Anda mungkin berminat dengan

ASICS Lifewalker M010 (Wide) Men Walking Shoes In Black/Black

ASICS Lifewalker M010 (Wide) Men Walking Shoes In Black/Black

Shoe Cleaning Cream Shoe Cream Sneaker Cleaner 260g Multifunctional Stain Removal Cream For Effective Shoes Stain Safety

Shoe Cleaning Cream Shoe Cream Sneaker Cleaner 260g Multifunctional Stain Removal Cream For Effective Shoes Stain Safety

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

Plus Size 3 Colors Kasut Lelaki Men Leather Sneakers Breathable Krasovki Shoes Super Light White Casual Shoes Male Tenis Masculino 38-48

Plus Size 3 Colors Kasut Lelaki Men Leather Sneakers Breathable Krasovki Shoes Super Light White Casual Shoes Male Tenis Masculino 38-48

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

30Pcs Disposable Panties Women Pure Cotton Sterile Travel Pregnant Women Underwear Seluar Dalam Pakai Buang Wanita 一次性內褲

30Pcs Disposable Panties Women Pure Cotton Sterile Travel Pregnant Women Underwear Seluar Dalam Pakai Buang Wanita 一次性內褲

Must Watch Video

Advertisement