Skip to main content

Rancangan Realiti

Borneo Rising: Hanya Empat Orang Sahaja Mara Ke Pusingan Akhir, Harvard & Faris Tersingkir

Borneo Rising: Hanya Empat Orang Sahaja Mara Ke Pusingan Akhir, Harvard & Faris Tersingkir

Sekilas

  • Petrova kekal di tempat pertama dengan markah tertinggi 71.27% selepas persembahan lagu Tangisan Seorang Pendosa oleh Marsha Milan di minggu separuh akhir Borneo Rising.
  • Dabra menang Persembahan Paling Power dan membawa pulang hadiah RM3,000, manakala Harris dan Joy masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
  • Harvard dan Faris tersingkir, manakala program ini dihoskan oleh Zizan Razak dan Sherry Al-Hadad serta disiarkan secara langsung setiap Ahad di Astro Ria dan TV Okey.
Advertisement

Pentas Borneo Rising menyaksikan Petrova masih mengekalkan kedudukannya di tempat pertama selepas meraih markah tertinggi bagi minggu separuh akhir program realiti berkenaan.

Menerusi persembahan lagu Tangisan Seorang Pendosa nyanyian Marsha Milan, Petrova menerima markah keseluruhan sebanyak 71.27 peratus daripada juri tetap.

Advertisement

Bagi Persembahan Paling Power sumbangan CelcomDigi, Dabra sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang pada segmen terakhir dan membawa pulang hadiah sebanyak RM3,000.

Sementara itu, tempat kedua dan ketiga pula masing-masing menjadi milik Harris dan Joy dengan masing-masing markah kesuluruhan sebanyak 63.65 peratus dan 63.32 peratus.

Minggu bertemakan Power Pick iaitu lagu pilihan juri itu turut menyaksikan Dabra di kedudukan terbawah selepas memperoleh markah keseluruhan yang rendah.

Advertisement

Bagaimanapun, Harvard dan Faris gagal mara ke pusingan akhir apabila diumumkan tersingkir di pentas penuh berprestij itu.

Berikut merupakan markah penuh bagi minggu ketujuh Borneo Rising:

**insert SS

Bintang Borneo Rising diadili oleh tiga juri tetap iaitu Noh Salleh, Marsha Milan dan Shila Amzah.

Penjurian Borneo Rising ditentukan menerusi 80 peratus pemarkahan daripada juri profesional dan 20 peratus lagi berdasarkan undian penonton.

Borneo Rising dihoskan oleh Zizan Razak dan Sherry Al-Hadad selama lapan minggu, bermula 6 September 2026 hingga 25 Oktober 2026.

Program itu disiarkan secara langsung dari ITCC Mall, Penampang, Sabah, setiap Ahad, jam 9 malam.

Borneo Rising boleh ditonton menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146), selain boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.

Anda mungkin berminat dengan

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

GOOJODOQ Bluetooth 5.0 Wireless Smart Earphone

GOOJODOQ Bluetooth 5.0 Wireless Smart Earphone

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Must Watch Video

Advertisement