Skip to main content

Selebriti

Borneo Rising: Jecinta Tersingkir! Petrova Ungguli Dengan Markah Tertinggi 63.96 Peratus

Borneo Rising: Jecinta Tersingkir! Petrova Ungguli Dengan Markah Tertinggi 63.96 Peratus

Sekilas

  • Petrova kembali menduduki tangga teratas minggu kelima Bintang Borneo Rising dengan markah 63.96 peratus menerusi lagu Rayuan Perempuan Gila.
  • Dabra memenangi Persembahan Paling Power dan membawa pulang hadiah RM1,000, manakala Harvard dan Harris masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
  • Minggu bertemakan Plot Twist ini tiada penyingkiran walaupun Faris, Syukri dan Jecinta berada di kedudukan terbawah.
Advertisement

Bintang Borneo Rising, Petrova sekali lagi berjaya merampas takhta yang sebelum ini diungguli oleh Dabra dengan menduduki tangga teratas pada minggu kelima program berkenaan.

Menerusi persembahan lagu Rayuan Perempuan Gila nyanyian Nadin Amizah, Petrova meraih markah keseluruhan sebanyak 63.96 peratus daripada juri tetap.

Advertisement

Bagi Persembahan Paling Power sumbangan CelcomDigi, Dabra dinobatkan sebagai pemenang pada segmen terakhir dan membawa pulang hadiah sebanyak RM1,000.

Sementara itu, tempat kedua dan ketiga pula masing-masing menjadi milik Harvard dan Harris dengan markah kesuluran 61.39 peratus dan 59.99 peratus.

Minggu bertemakan Plot Twist tersebut turut menyaksikan Faris, Syukri dan Jecinta di kedudukan terbawah selepas memperoleh markah keseluruhan yang rendah.

Advertisement

Bagaimanapun, Jecinta terpaksa akur selepas diumumkan tersingkir di program berkenaan.

Berikut merupakan markah penuh bagi Borneo Rising minggu kelima: 

Untuk minggu kelima, Bintang Borneo Rising diadili oleh tiga juri tetap iaitu Noh Salleh, Marsha Milan dan Shila Amzah serta juri jemputan, Bella Astillah. 

Penjurian Borneo Rising ditentukan menerusi 80 peratus pemarkahan daripada juri profesional dan 20 peratus lagi berdasarkan undian penonton.

Borneo Rising dihoskan oleh Zizan Razak dan Sherry Al-Hadad selama lapan minggu, bermula 6 September 2026 hingga 25 Oktober 2026.

Program itu disiarkan secara langsung dari ITCC Mall, Penampang, Sabah, setiap Ahad, jam 9 malam.

Borneo Rising boleh ditonton menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146), selain boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik

Anda mungkin berminat dengan

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

Must Watch Video

Advertisement