Skip to main content

Rancangan Realiti

Borneo Rising: Marsha Milan Perjelas Sebab Masih Tiada Penyingkiran 'Battle' - “Ada Yang Tak Berapa Faham…”

Borneo Rising: Marsha Milan Perjelas Sebab Masih Tiada Penyingkiran 'Battle' - “Ada Yang Tak Berapa Faham…”

Sekilas

  • Juri Borneo Rising, Marsha Milan, menjelaskan tiada penyingkiran pada minggu kelima bagi memberi peluang peserta memperbaiki persembahan mereka.
  • Marsha berharap peserta gunakan peluang ini dengan baik kerana program hanya berlangsung selama lapan minggu sahaja.
  • Tempat pertandingan minggu kelima bertemakan 'Plot Twist' dengan beberapa peserta masih belum menguasai tema tersebut sepenuhnya.
Advertisement

Juri tetap Borneo Rising, Marsha Milan tampil memberi penjelasan susulan masih tiada penyingkiran battle yang diumumkan bagi minggu kelima program berkenaan.

Marsha atau nama penuhnya Marsha Milan Londoh berkata keputusan tersebut dibuat selepas pihak juri sepakat memberikan peluang kepada semua peserta untuk memperbaiki kualiti persembahan mereka, selain jumlah peserta yang sudah semakin berkurangan.

Advertisement

“Kami bersama pihak juri merasakan seeloknya tidak ada penyingkiran kerana kita ada beberapa sahaja peserta yang tinggal dan seperti saya kata tadi mereka patut menggunakan peluang ini untuk menebus semula perkara yang mereka lakukan ini.

“Saya harap mereka gunakan peluang ini betul-betul. Kita ada 8 minggu sahaja. Minggu singkat berbanding program realiti lain yang kebiasaaannya ada 10 ke 11 minggu,”katanya kepada Gempak.

Marsha berkata demikian usai tamat program Borneo Rising minggu kelima yang berlangsung di ITCC Mall, Penampang, Sabah pada Ahad.

Advertisement

Dalam masa sama, pelantun lagu Hening Rindu itu turut mengulas mengenai keseluruhan persembahan kesemua peserta pada malam berkenaan menerusi tema ‘Plot Twist’.

Menurut Marsha, ada beberapa peserta yang dilihat semakin selesa menyesuaikan diri dengan pentas dan ada juga yang masih kurang menguasai dengan tema yang diberikan.

“Bagi saya, peserta minggu ini ada yang tak berapa faham tema. Kalau kita dengar susunan lagu tak jauh sangat dari original. Tema minggu ini plot twist. Ada yang perform, ada yang stagnant. 

“Minggu kelima tak sepatutnya ada perkara itu. Kita kena setiap minggu kena ada penambahbaikan. Semoga minggu seterusnya mereka akan perform. Tema minggu hadapan ialah Mash-up iaitu tema yang paling saya suka. Saya sangat looking forward untuk minggu hadapan”ujarnya.

Bintang Borneo Rising diadili oleh tiga juri tetap iaitu Noh Salleh, Marsha Milan dan Shila Amzah.

Penjurian Borneo Rising ditentukan menerusi 80 peratus pemarkahan daripada juri profesional dan 20 peratus lagi berdasarkan undian penonton.

Borneo Rising dihoskan oleh Zizan Razak dan Sherry Al-Hadad selama lapan minggu, bermula 6 September 2026 hingga 25 Oktober 2026.

Program itu disiarkan secara langsung dari ITCC Mall, Penampang, Sabah, setiap Ahad, jam 9 malam.

Borneo Rising boleh ditonton menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146), selain boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.

Anda mungkin berminat dengan

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Must Watch Video

Advertisement