Skip to main content

Selebriti

Borneo Rising: Tak Mahu Terikat Pada Satu Perkara Sahaja, Harvard Terbuka Sertai Bidang Lakonan - “Saya Mahu Jadi Abbas 1957…”

Borneo Rising: Tak Mahu Terikat Pada Satu Perkara Sahaja, Harvard Terbuka Sertai Bidang Lakonan -  “Saya Mahu Jadi Abbas 1957…”

Sekilas

  • Harvard, bintang Borneo Rising berusia 23 tahun dari Sabah, merancang untuk kukuhkan jenama diri dan lebih aktif di media sosial bagi tingkatkan populariti.
  • Dia terbuka untuk cuba bidang lakonan walaupun belum pernah sertai uji bakat, dengan minat khusus pada genre aksi dan mahu jadi seperti Zizan Razak.
  • Program Borneo Rising disiarkan secara langsung setiap Ahad di Astro Ria dan TV Okey, dengan penilaian gabungan juri profesional dan undian penonton.
Advertisement

Bukan mudah untuk menembusi industri seni, bintang Borneo Rising, Harvard merancang untuk mengukuhkan penjenamaan dirinya dan lebih aktif di media sosial agar namanya semakin dikenali.

Harvard, 23, bagaimanapun berkata dia tidak mahu fokus pada bidang nyanyian sahaja, malah terbuka untuk mencuba bidang lakonan termasuk membintangi drama seperti KUDRAT 1968: High Council.

Advertisement

Meskipun belum pernah menyertai uji bakat lakonan, anak kelahiran Penampang, Sabah itu mengakui berminat untuk berkecimpung dalam bidang berkenaan.

“Hala tuju saya ialah saya akan kekalkan menyanyi. Saya mahu aktif di media sosial untuk kuatkan self-branding. Untuk menapak dalam industri bukan mudah. Saya kena buat branding supaya orang nampak saya. Mungkin bukan menyanyi sahaja, mungkin selepas ini saya berlakon dalam Kudrat pula.

“Saya cakap-cakap sahaja tetapi tak salah pun kalau nak mencuba. Saya tak pernah lagi pergi uji bakat berlakon. Saya mahu jadi Abbas 1957. Saya terbuka untuk pergi ke uji bakat,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Advertisement

Mengulas lanjut, Harvard atau nama penuhnya Harvard Sandar berkata dia turut meminati genre aksi dan menjadikan pengacara Borneo Rising, Zizan Razak sebagai contoh kerana mampu membawa pelbagai jenis watak.

“Saya tidak mahu terikat pada satu perkara sahaja. Saya ikut mana yang datang, datanglah. Mana yang tidak, tolonglah datang. Saya mungkin mahu bermula dengan genre yang ringan dahulu.

“Saya minat juga genre aksi. Saya jadikan Zizan Razak sebagai contoh. Kenapa dia dari bidang komedi boleh lompat masuk ke Polis Evo. Saya mahu jadi seperti dia,” ujarnya.

Borneo Rising diadili oleh tiga juri tetap iaitu Noh Salleh, Marsha Milan dan Shila Amzah. 

Pemarkahan ditentukan menerusi 80 peratus penilaian juri profesional, manakala 20 peratus lagi berdasarkan undian penonton.

Program yang dihoskan oleh Zizan Razak dan Sherry Al-Hadad itu berlangsung selama lapan minggu, bermula 6 September hingga 25 Oktober 2026.

Borneo Rising bersiaran langsung dari ITCC Mall, Penampang, Sabah, setiap Ahad, jam 9 malam. Program ini boleh ditonton menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146), selain distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.

Anda mungkin berminat dengan

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Puma Unisex Quarter Sock accessories 1 Pair (935701-03) Sport Planet 36-18

Puma Unisex Quarter Sock accessories 1 Pair (935701-03) Sport Planet 36-18

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Bracelet Bulu/Gila-Gila/Papan Pasir Kikir/PaperClip (1 Pc)

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Bracelet Bulu/Gila-Gila/Papan Pasir Kikir/PaperClip (1 Pc)

Must Watch Video

Advertisement