Seekor buaya berenang di dalam kolam sebuah hotel mewah di timur laut Australia semalam, namun kejadian itu tidak langsung mengganggu para tetamu yang sedang berehat di tepi kolam.
Video yang dimuat naik dalam media sosial memaparkan seekor buaya kecil sedang ‘berendam’ di dasar kolam hotel di Port Douglas.
“Saya tak mahu menimbulkan panik, tapi ada seekor buaya dalam kolam,” kata pengguna TikTok, Lisa Keller dalam videonya yang menunjukkan reptilia bersisik itu.
Beberapa pelancong kelihatan bersantai di kerusi tepi kolam, namun tiada seorang pun yang berani masuk ke dalam air.
Advertisement
“Tiada siapapun yang peduli,” tambah Keller.
Pengurus hotel, Joseph Amerio berkata, buaya itu dikesan awal pagi semalam dan kawasan kolam ditutup sementara sehingga pegawai hidupan liar negeri Queensland datang mengalihkan haiwan tersebut pada waktu petang.
“Pada bila-bila masa sekalipun, tiada tetamu berada di dalam kolam bersama anak buaya itu,” katanya kepada AFP.
Jurucakap Jabatan Alam Sekitar Queensland berkata, renjer hidupan liar telah memindahkan buaya itu ke habitat lain dan meletakkan papan tanda amaran tentang reptilia tersebut di kawasan berkenaan.
Sumber: Kosmo