Skip to main content

Viral

Budak 11 Tahun Pandu Trak Rempuh Rombongan Sami, 8 M*ti & 18 Cedera

ASTRO GEMPAK sami

Sekilas

  • Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun memandu trak bapanya tanpa kebenaran dan melanggar rombongan 34 sami di Mukdahan, Thailand.
  • Insiden itu mengakibatkan lapan sami maut dan 18 lagi cedera, dengan 13 dalam keadaan serius.
  • Kanak-kanak tersebut kini dalam siasatan polis manakala jumlah mangsa mungkin berubah mengikut perkembangan siasatan.
Advertisement

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dilaporkan melanggar mati lapan sami sementara 18 yang lainnya cedera sewaktu memandu trak milik bapanya tanpa kebenaran.

Insiden berlaku sekitar pukul 11.55 pagi waktu tempatan sewaktu rombongan sami sedang berjalan kaki dalam satu perjalanan keagamaan di daerah Muang, wilayah Mukdahan, Thailand, pada Khamis, lapor Bangkok Post.

Advertisement

Menurut laporan sama, kejadian berlaku berhampiran pintu masuk kawasan Huai Sing di Kampung Na Si Nuan sewaktu seramai 34 sami terbabit sedang meneruskan perjalanan berjalan kaki dari daerah Nam Khun di wilayah Ubon Ratchathani menuju ke daerah Don Tan di Mukdahan sebelum dirempuh kenderaan berkenaan berhampiran Pasar Na Si Nuan.

Akibat insiden tersebut, lima mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala tiga lagi menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Mukdahan.

Dalam masa sama, seramai 18 sami dilaporkan cedera dengan 13 daripadanya mengalami kecederaan serius. Bagaimanapun, pihak berkuasa memaklumkan siasatan masih dijalankan dan jumlah sebenar mangsa yang maut serta cedera mungkin berubah.

Sebelum tragedi itu berlaku, rombongan sami berkenaan dilaporkan singgah menikmati hidangan di Wat Roi Phra Phutthabat Phu Manorom sebelum meneruskan perjalanan mereka.

Siasatan awal polis mendapati trak pikap jenis Isuzu yang terbabit dipandu seorang kanak-kanak lelaki berusia sekitar 11 tahun yang dipercayai mempunyai keperluan khas.

Kanak-kanak itu dipercayai mengambil kenderaan milik bapanya tanpa kebenaran sebelum memandu dari daerah Don Tan ke arah Muang. Kenderaan tersebut kemudian hilang kawalan lalu merempuh kumpulan sami berkenaan sehingga mengorbankan dan mencederakan ramai mangsa.

Kanak-kanak terbabit telah dibawa ke Balai Polis Daerah Muang untuk membantu siasatan.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement