Skip to main content

Berita Tempatan

BUDI95: Tukar Cip MyKad Rosak Secara Percuma Bermula Hari Ini Hingga 7 Oktober

mykad

Orang ramai boleh menukar cip MyKad yang rosak secara percuma bermula esok hingga 7 Oktober ini di mana-mana kaunter dan pejabat Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagi pelaksaan inistiaf terbaharu ini, kerajaan dianggar perlu menanggung perbelanjaan sebanyak RM714,660 termasuk kos lain yang berkaitan.

Advertisement

“Ingin saya tegaskan bahawa Kerajaan MADANI prihatin untuk menanggung sepenuhnya kos tersebut dalam tempoh ini bagi memastikan akses rakyat kepada subsidi ini tidak akan sekali-kali terjejas hanya kerana masalah teknikal pada MyKad dan setiap warganegara yang layak dapat menikmati manfaat subsidi BUDI95 dengan lancar.

“Saya menyeru rakyat Malaysia untuk sentiasa memastikan MyKad berada dalam keadaan baik, kerana ia bukan sahaja dokumen pengenalan diri, tetapi juga kunci kepada pelbagai kemudahan kerajaan termasuk subsidi bersasar BUDI95,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mengikut rekod JPN, sebanyak 294,715 permohonan penggantian MyKad di bawah kategori cip atau kad rosak telah diterima bagi tempoh Januari hingga Ogos 2025.

Trend permohonan itu juga menunjukkan peningkatan ketara sejak tiga bulan kebelakangan ini yang menyaksikan sebanyak 32,819 permohonan pada Jun, meningkat kepada 40,371 pada Julai dan melonjak lagi kepada 45,411 pada Ogos.

Manakala bagi bulan September, sehingga 21 haribulan sahaja, JPN telah menerima sebanyak 22,858 permohonan.

Jelas beliau, berdasarkan rekod dua bulan terkini, purata permohonan bagi kategori cip rosak dicatatkan pada sekitar 43,000 unit cip sebulan.

Oleh yang demikian menurut Saifuddin, penukaran cip MyKad rosak secara percuma bermula 23 September 2025 sehingga 7 Oktober ini dianggar akan melibatkan perbelanjaan kepada Kerajaan Madani sebanyak RM714,660.00 termasuk kos lain yang berkaitan. -MalaysiaGazette

Must-Watch Video

Advertisement