Skip to main content

Selebriti

Bukan Biasa-Biasa! Suami Dr Fie Pernah Tempah Restoran Mewah Sempena Sambutan Hari Jadi - “Hanya Kami Bertiga Sahaja…”

Bukan Biasa-Biasa! Suami Dr Fie Pernah Tempah Restoran Mewah Sempena Sambutan Hari Jadi - “Hanya Kami Bertiga Sahaja…”

Sekilas

  • Dr Afifah Hidayah mendedahkan suaminya, Kapten Amrul Nizar, pernah menempah seluruh restoran mewah Marini’s On 57, KLCC untuk sambut hari jadinya secara privasi.
  • Dr Afifah berkongsi dia awalnya rasa janggal kerana tidak kenal suaminya sangat dan suasana yang sangat tertutup ketika kejutan itu dibuat.
  • Dr Afifah kini isteri Kapten Amrul Nizar sejak November 2026 dan sebelum ini pernah berkahwin dengan Nubhan serta dikurniakan tiga anak.
Advertisement

Personaliti media sosial, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mendedahkan suaminya, Kapten Amrul Nizar Anuar pernah memberi kejutan istimewa dengan menempah seluruh restoran mewah, Marini’s On 57, KLCC bagi menyambut hari ulang tahunnya.

Menerusi perkongsian siaran langsung di Tiktok, Dr Afifah atau lebih mesra disapa sebagai Dr Fie berkata sebelum ini, dia pernah memberitahu suaminya untuk menyambut hari jadi di tempat yang tertutup dan privasi.

Advertisement

Namun, dia tidak pernah menyangka suaminya itu akan membuat kejutan hingga ke tahap itu.

“Saya kata tak lama lagi hari jadi saya. Saya cakap dengan dia, saya tak boleh sambut kat tempat yang ada ramai orang. Nak privasi. Saya nak tengok dia sambut macam mana.

“Betul-betul dia buat. Dia bawa saya kat tempat yang tiada orang. Memang kosong. Kami macam krik krik sebab ada tiga orang sahaja. Dah lah bulan puasa,”ujarnya.

Advertisement

Bukan itu sahaja, Dr Fie mengakui pada awalnya dia sedikit janggal dengan situasi tersebut memandangkan dia tidak berapa mengenali suaminya lagi.

“Dulu, saya macam awkward sedikit dengan dia sebab saya tak kenal dia sangat. Dengan tak ramai orangnya kat situ, mestilah pelik. Takut nanti dia jual saya pula,”katanya lagi.

Sekadar info, Dr Fie sah bergelar isteri kepada usahawan, Kapten Amrul Nizar Anuar dalam sekali lafaz pada 1 November 2026.

Sebelum ini, Dr Fie pernah mendirikan rumah tangga bersama Nubhan pada Ogos 2015 sebelum mereka disahkan bercerai talak dua pada Disember tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaity Aafiya,9, Ahmad Aafan,7 dan Afzan Nayille,4 tahun.

Anda mungkin berminat dengan

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

Must Watch Video

Advertisement