Skip to main content

Selebriti

Bukan Dua Tapi Tiga iPhone 17 Pro Max Aslam 'Angkat' - "Lupa, Ada Dua Rumah"

ASLAM BELI TIGA IPHONE 17 PRO MAX

Pempengaruh dan usahawan, Abang Tesla mendedahkan suami kepada Umisya Mazlan iaitu Aslam tidak teragak-agak membeli tiga unit telefon pintar iPhone 17 Pro Max sejurus model tersebut dilancarkan baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry dilihat menyerahkan telefon bernilai RM10,000 seunit itu kepada Aslam di sebuah restoran.

Advertisement

“Bukan biasa-biasa, baru keluar terus nak ambil tiga biji iPhone 17 Pro Max,” katanya.

Dalam video sama, Abang Tesla sempat berseloroh apabila Aslam menambah satu lagi tempahan telefon pintar tersebut.

“Aku ingat Aslam nak dua je. Lupa, ada dua rumah,” usiknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan sikap Aslam yang dilihat adil terhadap kedua isterinya selain mementingkan kebahagiaan mereka.

“Amboi Aslam nak tiga, satu lagi untuk Marissa ye, comel.

“Kaya juga Aslam ni. Hari tu ramai kecam dia sengket, sekali beli tiga terus. Lelaki macam ni lah, biar dia pakai phone murah, janji isteri guna yang paling mahal,” komen netizen.

Tidak kurang juga yang menitipkan doa agar perniagaan Umisya terus berkembang.

"Alhamdulillah tahniah umisya semoga bisnes umisya makin maju jaya," tulis netizen.

Sekadar rekod, Umisya merupakan isteri pertama Aslam, manakala pada 27 Disember 2023, Aslam sah bergelar suami kepada anak selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim dalam majlis di Songkhla, Thailand.

Must-Watch Video

Advertisement