berita
"Bukan Garang Tapi Saya Mahu Mereka Serius Dalam Kelas" - Dzawin
Pelawak Dzawin mengakui harus tegas ketika bersama anak didiknya di dalam kelas supaya mereka mengambil serius dalam setiap perkara yang ingin disampaikan.
Menurut Dzawin, dia mahu setiap teguran yang diberikan dapat digunakan oleh mereka supaya memperbaiki mutu persembahan pada setiap minggu.
"Saya harus tegas ketika berada didalam kelas kerana mahu mereka semua fokus dengan apa yang ingin disampaikan.
"Saya mahu anak didik saya dalam Gegar Lawak ini supaya ambil serius setiap perkara yang mereka ingin lakukan ketika berada atas pentas.
"Bagi saya dalam kelas adalah tempat menuntut ilmu dan tiada istilah bermain kerana saya mahu mereka bersungguh-sungguh menghiburkan penonton dengan jalan cerita yang menarik.
"Mereka juga harus mengambil peluang yang ada ini untuk bertanya dan mendapat sebanyak mungkin ilmu supaya dengan itu mereka boleh gunakan ketika melakukan persembahan," katanya kepada Astro Gempak.
Gegar Lawak diterajui oleh pelakon Kamal Adli dan pelawak Fad Bocey sebagai hos.
Selain Ali Puteh, program ini juga menampilkan pelawak Tauke, Nizam Jentik- Jentik dan Dzawin sebagai penasihat lawak yang akan membimbing serta membantu para peserta.
Manakala pelawak Douglass Lim dan Datuk Ac Mizal dipilih sebagai juri tetap.
Gegar Lawak bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, jam 10.00 di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 134).
Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda, klik di sini ----> GEGAR LAWAK
Program ini juga boleh ditonton menerusi platform digital, Astro GO dan ‘On Demand’.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Must-Watch Video