Sekilas
- Iman Azman berkongsi bahawa kucing peliharaannya, Kibble, disahkan menghidap Feline Infectious Peritonitis (FIP) dan memilih untuk menidurkannya kerana penyakit itu kronik dan kos rawatannya tinggi.
- Iman menyatakan keputusan menidurkan Kibble bukan mudah kerana dia sangat menyayangi kucing tersebut dan masih merasai kehilangan hampir dua minggu selepas itu.
- Tindakan Iman mendapat kritikan netizen yang berpendapat Kibble masih boleh diselamatkan dan menegur keputusan yang dibuat sebagai tidak bertanggungjawab.
Seorang personaliti media sosial mencetuskan perdebatan netizen selepas memuat naik video mengenai kucing peliharaannya, Kibble.
Menerusi perkongsian di Threads, individu itu berkongsi Kibble disahkan menghidap penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP) selepas menunjukkan beberapa simptom penyakit berkenaan, beberapa bulan lepas.
"Beberapa bulan lepas, Kibble menunjukkan simptom-simpton yang dia tidak sihat, dia terhincut-hincut dan tidak makan minum dalam beberapa hari.
"Kami pergi ke klinik haiwan dan Kibble disahkan positif Feline Infectious Peritonitis (FIP) atau dianggap sebagai virus corona bagi kucing," tulisnya.
Personaliti itu berkata (FIP) atau lebih mudah difahami iaitu virus korona itu merupakan penyakit kronik dan dia memilih untuk menidurkan haiwan kesayangannya itu.
Katanya, ia bukan keputusan yang mudah baginya memandangkan dia amat menyayangi serta mempunyai banyak kenangan manis bersama Kibble.
"Ia penyakit kronik melainkan mengubati secara berterusan padanya dan ia mempunyai kos yang sangat tinggi. Kami buat keputusan untuk tidurkan dia. Ia bukan keputusan yang mudah.
"Sudah hampir dua minggu ia berlalu dan saya nampak dia dimana-mana sahaja. Kematian itu tidak boleh dijangka. Kita hanya mampu merancang namun kita tidak tahu bila ia akan datang menjemput," katanya.
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan tidak berasas individu itu dan berpendapat Kibble masih boleh diselamatkan jika dia tidak mudah berputus asa.
"Saya minta maaf, tetapi saya rasa awak dah buat keputusan yang salah.
"Jangan bela kucing dah lepas ni. Awak tak bertanggungjawab. Kesian dia.
"Saya tak faham 'point' awak. Sangat pentingkan diri.
"Saya rasa kucing itu boleh lagi diselamatkan. Mereka berhak untuk hidup," komen netizen.