Skip to main content

Selebriti

Bukan ‘Mastermind’ Kumpulan K.O.I, Eric Fuzi Tampil Perjelas Peranan Sebenar - “Saya Cuma Sahabat Yang…”

Bukan ‘Mastermind’ Kumpulan K.O.I, Eric Fuzi Tampil Perjelas Peranan Sebenar - “Saya Cuma Sahabat Yang…”

Sekilas

  • Eric Fuzi dari Floor 88 menafikan dirinya sebagai mastermind di sebalik kejayaan kumpulan K.O.I di AJL40.
  • Eric menjelaskan peranannya hanya sebagai rakan yang membantu dalam persembahan pentas bersama K.O.I dan bukan dalam penciptaan karya mereka.
  • Kejayaan K.O.I adalah hasil usaha empat ahli tetap mereka iaitu Achoi Floor 88, Hemo, Mya, dan Raflex.
Advertisement

Ahli kumpulan Floor 88, Eric Fuzi tampil menjelaskan bahawa dirinya bukanlah ‘mastermind’ di sebalik kejayaan kumpulan K.O.I di Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40), baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Eric berkata penjelasan itu dibuat susulan banyak andaian yang mengaitkan dirinya dengan kejayaan dan karya K.O.I.

Advertisement

“Saya nak buat penjelasan supaya ramai tak salah info dan banyak buat spekulasi yang salah. Saya bukan mastermind KOI.

“Banyak hantaran yang mengangkat dan memuji saya tentang kejayaan kumpulan tersebut di AJL40 dan karya-karya mereka yang lain,” tulisnya.

Menurut Eric, kehadirannya bersama K.O.I adalah sebagai rakan yang membantu dari segi persembahan pentas sahaja.

Advertisement

“Saya cuma sahabat yang membantu mereka dalam persembahan pentas bersama kumpulan dari Rusa dan Fukika Music yang diketuai Project Manager saudara Luqman,” ujarnya.

Dalam pada itu, Eric menjelaskan bahawa segala usaha dan kejayaan kumpulan tersebut adalah hasil sepenuhnya empat ahli tetap K.O.I itu sendiri iaitu Achoi Floor 88, Hemo, Mya dan Raflex.

“K.O.I ditubuhkan awal oleh Achoi Floor 88, Hemo dan Mya. Serta penambahan ahli Raflex. Mereka berempat ahli tetap. Semua usaha dari mereka.

“Saya sebagai sahabat hanya sokong sahaja dan gembira atas kejayaan mereka. Teruskan sokong mereka dan doakan Floor88 dapat menggenggam trofi Juara AJL akan datang,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

Must Watch Video

Advertisement