berita
“Bukan Menjerit, Tapi Itu Memang Cara Saya” - Eyya
Peserta Gegar Lawak, Eyya, mengakui terkilan apabila ada pihak yang mengkritik persembahannya di media sosial kerana dikatakan sering menjerit ketika melakukan persembahan.
Eyya atau nama sebenarnya Nik Nur Amira Syahira Nik Zaini, 22, berkata, dia mengambil komen yang diberikan itu sebagai pembakar semangat untuk memperbaiki mutu persembahannya selepas ini.
"Ada juga orang mengatakan saya terdesak untuk hiburkan penonton sehingga perlu menjerit ketika berada di atas pentas.
"Sudah tentu perkara itu membuatkan saya berasa sakit hati dan sedih bila orang kata begitu namun saya ambil ia sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya dalam pertandingan ini.
"Apa yang saya boleh katakan itu memang diri saya jadi kalau orang tak suka saya tidak boleh lakukan apa-apa.
"Saya cuma jadi diri sendiri kalau ada yang boleh terima saya bersyukur dan kalau ada yang tidak suka, saya akan cuba memperbaiki lagi cara penyampaiaan selepas ini," katanya kepada Astro Gempak.
Gegar Lawak diterajui oleh pelakon Kamal Adli dan pelawak Fad Bocey sebagai hos.
Program ini juga menampilkan pelawak Tauke, Nizam Jentik- Jentik, Ali Puteh dan Dzawin ditugaskan sebagai penasihat lawak yang akan membimbing serta membantu para peserta.
Manakala pelawak Douglass Lim dan Datuk Ac Mizal dipilih sebagai juri tetap.
Gegar Lawak bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, jam 10.00 di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 134).
Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda, klik di sini ----> GEGAR LAWAK
Program ini juga boleh ditonton menerusi platform digital, Astro GO dan ‘On Demand’.
Must-Watch Video