Berita

"Bukan Nak Jadi Hero, Tetapi ....." - AC Mizal Perjelaskan Sebab Pertahankan Zamani

gempak
Rozaimi Zubaidi
29/10/2018
06:55 MYT
Sponsor Banner
"Bukan Nak Jadi Hero, Tetapi ....." - AC Mizal Perjelaskan Sebab Pertahankan   Zamani
Pengacara Datuk AC Mizal mengakui dia mempunyai alasan tersendiri untuk mempertahankan bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Zamani.
Menerusi entri di Instagram (IG), AC mengakui kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Zamani walaupun dia mempunyai masalah kesihatan.
"We can still hear your voice although you are not singing. It is ok my brotha @zamanislam_official I have your back.
"Sebagai anak seni kita support each other atas dasar bukan nak jadi hero tetapi menjaga sesama kita dengan pelbagai cara. Kita dah kenal lama bro dari zaman BMG lagi and kita sentiasa bergurau gelak gelak dari dulu hingga sekarang.
We can still hear ur voice although u r not singing...it is ok my brotha @zamanislam_official i have ur back...... sbg anak seni kita support each other atas dasar bukan nak jadi hero ttp menjaga sesama kita dengan pelbagai cara.Kita dah kenal lama bro dari zaman BMG lagi and kita sentiasa bergurau gelak gelak dari dulu hingga sekarang.Biar drg tak tahu kita macamana asalkan kita tahu we respect and care about each other. Sedih,terharu dan bangga wa tenguk lu bro...wa tau lu cuba tapi ujian Allah lagi hebat.Tak apa bro,selama ini lu nyanyi utk kami so malam ni biar wa nyanyikan lagu utk lu bro!Aku,peminat kau dan semua yang hadir semalam mendoakan kau tabah n segera sembuh utk DIRI lu bro bukan semata mata utk Show!Niat wa ikhlas menegur dan membantu sebab wa kenal lu siapa n kita dah bersaudara dalam dunia seni dah lama. Be strong brotha....REMEMBER! WHEN U LOOSE UR VOICE...LET ME HELP U WITH MINE...GWS Brotha!#nasibanakseni #bepositive #respect #salute @zamanislam_official #gegarvaganza #gegarvaganza2018
A post shared by ✌️OfficiallyDAC DER™️ (@emyliadac) on
"Biar diaorang tak tahu kita macamana asalkan kita tahu we respect and care about each other. Sedih, terharu dan bangga wa tenguk lu bro. Wa tau lu cuba tapi ujian Allah lagi hebat. Tak apa bro, selama ini lu nyanyi untuk kami so malam ni biar wa nyanyikan lagu untuk lu bro!
"Aku, peminat kau dan semua yang hadir semalam mendoakan kau tabah dan segera sembuh untuk DIRI lu bro bukan semata mata untuk Show! Niat wa ikhlas menegur dan membantu sebab wa kenal lu siapa dan kita dah bersaudara dalam dunia seni dah lama.
"Be strong brotha. REMEMBER! WHEN U LOOSE UR VOICE LET ME HELP U WITH MINE. Get Well Soon Brotha!," tulisnya.
Rata-rata memuji sikap AC yang terbuka untuk membantu Zamani ketika persembahan di GV 5 dan mereka mendoakan agar Zamani segara sembuh daripada masalah kesihatan yang dialami.
konsert GV5 malam tadi menyaksikan Zamani hampir tersingkir dengan meraih sebanyak kosong markah kerana berdepan dengan masalah kesihatan.
Namun, Zamani berjaya diselamatkan oleh penaja GV5, Datuk Seri Aliff Syukri melalui imuniti yang diberikan kepadanya.
Bertemakan ‘Lama Tak Dengar’, hanya sembilan peserta sahaja lagi yang bertahan dan bersaing di konsert akan datang.
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live