Skip to main content

Selebriti

Bukan Penyanyi Ego, Adzrin Adzhar 'Back-Up' Awie - "Ini Namanya Penyanyi Yang..."

Bukan Penyanyi Ego, Adzrin Adzhar 'Back-Up' Awie - "Ini Namanya Penyanyi Yang..."

Sekilas

  • Adzrin Adzhar membidas dakwaan netizen yang menyifatkan Datuk Awie sebagai penyanyi ego kerana menggunakan teknik vokal head register untuk nada tinggi.
  • Adzrin menjelaskan penggunaan head register, falsetto, dan mix voice adalah teknik biasa bagi penyanyi untuk elak suara kedengaran tercekik atau tidak solid.
  • Beliau menegaskan teknik ini bukan tanda ego, tetapi cara bijak penyanyi menjaga kualiti suara terutama pada usia Awie sekarang.
Advertisement

Penyanyi dan guru vokal, Adzrin Adzhar tampil membidas dakwaan seorang netizen yang menyifatkan penyanyi rock terkenal, Datuk Awie sebagai seorang penyanyi yang ego.

Menerusi Threads, Adzrin menjelaskan bahawa penggunaan head register untuk menyanyikan nada tinggi merupakan teknik vokal yang biasa digunakan penyanyi bagi mengelakkan suara kedengaran tercekik.

Advertisement

Menurutnya, bukan hanya Awie, malah penyanyi lain turut menggunakan teknik sama ketika menyampaikan nada tinggi.

"Manusia (bukan Datuk Awie sahaja) menggunakan head register untuk nada tinggi.

"Kalau pakai chest register untuk high notes, akan bunyi tercekik dan terkeluar suara itik," tulisnya.

Adzrin turut menjelaskan perbezaan antara falsetto, head voice dan mix voice yang boleh digunakan untuk mencapai nada tinggi.

"Ada beza ego dan berteknik. Falsetto ini airy, tidak solid begini, contoh bunyi berbisik-bisik.

"Anda juga boleh pegang note tinggi yang sama melalui tiga cara iaitu falsetto, head voice atau mix voice.

"Yang pasti, ini bukan ego. Ini namanya penyanyi yang bijak menggunakan teknik di usia begitu," ujarnya.

Terdahulu, seorang pengguna Threads memuat naik video nyanyian Awie menerusi Konsert Awie Journey yang diadakan pada 2024.

Menerusi perkongsian tersebut, pengguna berkenaan mendakwa Awie menggunakan teknik falsetto ketika menyanyikan bahagian bernada tinggi.

"Ini satu contoh penyanyi yang masih ego. Yang masih rasa perlu bukti pada penonton yang dia masih boleh tarik suara, walau suara tarikannya tu sekarang lebih guna falsetto (suara tipu)," ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Must Watch Video

Advertisement