Skip to main content

Selebriti

Bukan Sebab FOMO, Intan Najuwa Buat Solat Hajat Ikhlas Dari Hati - "Orang Boleh Kritik Saya, Tapi..."

Intan Najuwa Solat Hajat

Pelakon, Datin Intan Najuwa berkongsi mengadakan solat hajat khusus buat peserta misi kemanusiaan Gaza, Global Sumud Flotilla (GSF). 

Menerusi hantaran di platform Instagram, Intan menjelaskan tindakannya itu adalah salah satu tanda solidariti terhadap pasukan terbabit.

"Orang mungkin boleh kritik saya kalau saya kongsikan ini. Tapi sejujurnya saya buat bukan sebab fomo atau dapatkan validasi dari sesiapa. Saya buat perkongsian ini mengikut naluri hati saya.

Advertisement

"Hari ini saya dan suami beserta anak tahfiz yang lain akan mengadakan solat hajat khusunya buat mereka. Insyaallah kami akan teruskan sehingga diberi peluang dan kudrat," tulisnya.

Dalam masa sama, Intan menitipkan doa agar semua yang terlibat dipermudahkan urusan dan sentiasa dalam lindungan Allah.

"Ya allah kau kuatkan lah mereka, lindungi lah mereka dan jangan tinggalkan mereka keseorangan. Kelilingilah mereka dengan belas kasihanmu, perlindunganmu serta permudahkanlah urusan mereka.

"Semoga doa kami diterima dan sampai pada mereka. Semoga setiap tangisan itu didengari dan mereka yang didera oleh IDF itu dilundingi oleh Allah," tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan positif Intan dan menafikan ada yang menghakiminya.

"Tak Datin, kami tak cakap buruk pasal awak.

"Terbaik Intan Najuwa.

"Orang yang nak judge awak sebab apa.

"Buat masa sekarang, tak perlu nak kritik sesiapa. Kita semua kena Bersatu hati. Sangat respect artis yang konsisten dalam memberi sokongan," komen netizen.

Sekadar rekod, Global Sumud Flotilla (GSF) terdiri daripada lebih 45 kapal dan 500 aktivis dari 44 negara dengan misi menghantar bantuan makanan serta ubat-ubatan kepada rakyat Gaza yang terjejas akibat konflik dan sekatan berpanjangan.

Bagaimanapun, misi tersebut telah dipatahkan oleh tentera laut Israel selepas flotilla bantuan antarabangsa itu  diserang ketika menuju ke Semenanjung Gaza, dengan sekurang-kurangnya 317 aktivis ditahan di atas kapal.

Menurut penjejak rasmi flotila, 21 kapal telah diserang tentera laut Israel, 19 lagi dipercayai turut diserang, manakala empat kapal masih dalam pelayaran menuju Gaza.

Aktivis yang ditahan kemudiannya dibawa ke Pelabuhan Ashdod di Israel sebelum dihantar pulang ke Eropah.

Must-Watch Video

Advertisement