Skip to main content

Berita Tempatan

"Bukan Sekadar Perarakan" - Dr Zulkifli Ajak Umat Islam Hidupkan Akhlak Rasulullah Dalam Kehidupan

"Bukan Sekadar Perarakan" - Dr Zulkifli Ajak Umat Islam Hidupkan Akhlak Rasulullah Dalam Kehidupan

Sekilas

  • Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M di UPM Serdang menghimpunkan lebih 4,000 peserta dari 100 kontinjen sebagai tanda memperbaharui tekad menghidupkan sunnah dan akhlak Nabi Muhammad SAW.
  • Menteri Dr. Zulkifli Hasan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sambutan ini bukan sekadar perarakan, tetapi perlu diterjemahkan dalam amalan nilai murni dan kepimpinan Rasulullah dalam kehidupan seharian.
  • Acara turut menyaksikan penyampaian Anugerah Maulidur Rasul kepada lapan tokoh dalam pelbagai kategori sebagai penghargaan atas sumbangan mereka kepada masyarakat dan agama.
Advertisement

Sambutan Maulidur Rasul tidak seharusnya berhenti sebagai acara tahunan atau sekadar perarakan, sebaliknya perlu menjadi ruang untuk umat Islam memperbaharui tekad menghidupkan sunnah, risalah dan akhlak Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, semangat itu dapat dilihat menerusi Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang yang menghimpunkan lebih 4,000 peserta daripada 100 kontinjen.

Advertisement

“Alhamdulillah, pada hari yang penuh barakah ini, saya beruntung dapat berdiri bersama-sama 4,000 peserta daripada 100 kontinjen di UPM, Serdang. Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1448 Hijrah bukan sekadar perarakan yang rutin, tetapi cetusan ikrar untuk menghidupkan semula sunnah dan risalah Baginda SAW dalam setiap detik kehidupan kita.

“Semoga setiap hayunan langkah ini menambat kerinduan yang mendalam serta meletakkan kita di bawah naungan syafaat Baginda di akhirat kelak, dengan izin Allah,” katanya.

Menurut Zulkifli, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegaskan bahawa penghayatan Maulidur Rasul tidak seharusnya terbatas kepada pesta atau perarakan semata-mata.

Advertisement

Sebaliknya, kecintaan terhadap Rasulullah SAW perlu diterjemahkan melalui amalan serta penerapan nilai murni dan akhlak Baginda dalam kehidupan bermasyarakat.

Ia termasuk menjadikan aspek kepimpinan, kasih sayang, keadilan serta akhlak Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Dalam masa sama, sambutan berkenaan turut menyaksikan penyampaian Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M kepada lapan penerima.

Tan Sri Dr. Syed Azman Syed Ibrahim dinobatkan sebagai Tokoh Perdana, manakala Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima pengiktirafan Tokoh Wira Negara.

Maulana Abdul Hamid bin Chin pula menerima Tokoh Agamawan, Prof. Dr. Ruzita Mohd Amin sebagai Tokoh Wanita MADANI dan Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir sebagai Tokoh Saintis/Inovatif Kreatif.

Turut menerima pengiktirafan ialah Ahmad Fahmi Mohd Samsudin bagi kategori Tokoh Belia, Muhammad Mikhael Sathayah sebagai Tokoh Khas – Saudara Baru Cemerlang dan Haji Laman bin Haji Yasim sebagai Tokoh Keluarga Mithali.

Zulkifli turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), UPM serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan berkenaan.

“Tahniah JAKIM dan terima kasih UPM serta semua yang terlibat. Moga diberkati segala amal dan bakti. Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad,” katanya.

Menurutnya, kehadiran ribuan peserta dalam suasana penuh ukhuwah itu turut menggambarkan kecintaan umat Islam kepada Rasulullah SAW yang perlu terus dipupuk dan diterjemahkan dalam kehidupan.

Anda mungkin berminat dengan

NO.307 BUTTON CO COTTON PURE COLOUR SIMPLE UNDERWEAR BREATHABLE PANTIES SPENDER WOMAN SELUAR DALAM WANITA GIRL 女生内裤

NO.307 BUTTON CO COTTON PURE COLOUR SIMPLE UNDERWEAR BREATHABLE PANTIES SPENDER WOMAN SELUAR DALAM WANITA GIRL 女生内裤

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

ZUS Ngupi® 3in1 Instant Coffee - Kopi Coklat - 13 Sticks

ZUS Ngupi® 3in1 Instant Coffee - Kopi Coklat - 13 Sticks

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement