Skip to main content

Selebriti

"Bukan Semua Ibu Bapa Pandai Jaga Anak Autisme, Kami Tahu Anak Kami Macam Mana" - Shila Amzah

Seth Uwais Autisme

Sekilas

  • Shila Amzah berkongsi pengalaman membesarkan anak autisme, Seth Uwais, dengan sokongan penuh suami tirinya, Ubai, yang sangat penyayang dan bertanggungjawab.
  • Keluarga Shila memahami keperluan Seth dan memastikan dia sentiasa gembira serta selamat ketika bersama orang yang dipercayai.
  • Perkongsian Shila mendapat sokongan netizen yang juga mempunyai anak autisme, sambil mereka berkongsi pengalaman masing-masing.

Menjadi ibu bapa kepada anak autism bukanlah perkara mudah. Ia memerlukan banyak ketabahan, kesabaran dan cara pendekatan yang betul.

Penyanyi, Shila Amzah turut berkongsi pengalaman membesarkan anak istimewanya, Seth Uwais.

Menurut Shila, walaupun suaminya Ubai hanyalah ayah tiri, kasih sayangnya terhadap Seth tidak pernah berbeza malah melebihi seorang ayah kandung.

"Bukan semua ibu bapa pandai jaga anak autism. Kalau saya dan Ubai tiada rasa percaya pada awak untuk bawa keluar Seth, itu terletak pada kami. Kami tahu anak kami macam mana dan dia dah lama tak tantrum.

"Ubai mungkin bukan ayah kandung dia, tapi Seth sangat sayang dan hormat dia sebagai ayah yang sentiasa kehadapan. Dia lah yang mendisiplinkan, tunjuk rasa empati, ajar erti perasaan, ajar bagaimana untuk sepak bola dan sebagainya.

Pelantun lagu Memori Tercipta itu berkata, dia dan keluarga terdekat sangat memahami Seth, termasuk perkara kecil yang boleh membuatkan anaknya itu tantrum.

Apa yang penting, Seth sentiasa pulang ke rumah dengan selamat dan gembira setiap kali keluar bersama orang yang dipercayai.

"Mak saya bawa Seth pergi ke mana-mana pun dia suka. Seth siap boleh lepak dengan kawan-kawan saya dan Ubai sendirian sebab mereka tahu dia macam mana, mereka belajar apa yang dia suka, pandai ambil hati dia dan faham apa yang boleh membuatkan dia triggered.

"Jadi, saya ada sahaja orang yang boleh keluar berdua dengan Seth untuk luang masa Bersama dan dia balik pun Nampak sangat gembira.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutama mereka yang turut mempunyai anak autism juga bersetuju dengan perkongsian Shila sambil masing-masing berkongsi pengalaman bersama anak istimewa itu.

Untuk rekod, Shila dan Ubai berkahwin pada Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei tahun lalu.

Sebelum itu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 namun berpisah selepas empat tahun.

Hasil perkongsian hidup, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.

Must-Watch Video

Advertisement